Setiap kali membeli barangan elektrik dan elektronik, sudah pastinya harga antara yang menjadi keutamaan selain daripada fungsi dan kualiti.

Dalam pada itu, barangan yang sarat dengan fungsi serta berkualiti tinggi sering kali tidak hadir dengan harga yang rendah.Walau bagaimanapun, kini tidak lagi dengan adanya Shopee Electronics Zone!

Pada setiap hari Khamis, Shopee Electronics Zone membuka peluang kepada para pembeli untuk mendapatkan pelbagai barangan elektrik dan elektronik dengan harga jimat dan berbaloi.

Nak tahu apa lebih menarik? Diskaun sehingga 80% antara yang disediakan buat para pengguna membolehkan pengguna berjimat serta mendapatkan barangan premium dengan harga rendah.

Bukan itu sahaja, cashback sehingga 60% antara yang tersedia. Soal barangan berharga tinggi bukan lagi isu kerana Shopee turut menyediakan pelan pembayaran ansuran tanpa faedah. Serius menarik bukan?

Promosi diskaun sehingga 80% yang ditawarkan buat para pembeli pada hari Khamis ini bermula jam 12 tengah hari. Ayuh kita lihat barangan yang bakal ditawarkan dengan harga diskaun sempena promosi pada kali ini.

Khusus buat anda yang sudah lama idamkan sebuah vakum mudah alih dengan fungsi yang pelbagai, inilah masa untuk anda mendapatkannya.

Menerusi model Dreame H12 Pro, model ini sedia menawarkan sokongan kuasa sedutan yang kuat disamping bertindak sebagai mop. Menawarkan waranti sehingga 2 tahun, para pengguna tidak perlu lagi risau sekiranya mengalami sebarang masalah.

Model ini sebelumnya sedia ditawarkan pada harga RM3,999, walau bagaimanapun kini anda boleh mendapatkannya dengan separuh harga iaitu serendah RM2,099 jimat RM1,900.

Begitu juga dengan model HUAWEI FreeBuds SE yang menjadi pilihan para pengguna khususnya mereka yang kerap bersukan. Menawarkan kualiti audio yang baik serta ketahanan bateri yang panjang, model ini sedia untuk dimiliki dengan harga serendah RM99.

Barangan seterusnya yang ditawarkan adalah CCTV SriCam SriHome 360 Degree WiFi harga asal RM299 kini boleh didapati dengan harga serendah RM45. Pilihan yang sangat berbaloi buat pembeli yang mahu meletak CCTV baru di kediaman mahupun premis mereka.

Sebut mengenai Smart TV dengan saiz 60-inci, kami yakin pasti ramai yang membayangkan harganya bakal ditawarkan dengan harga yang premium. Walau bagaimanapun, menerusi Shopee Electronics Zone anda boleh mendapatkannya dengan harga serendah RM1,409. Sememangnya pilihan yang berbaloi untuk sebuah Smart TV bersaiz 60-inci.

Tidak ketinggalan juga anda boleh mendapatkan mesin basuh automatik Midea pada harga RM478.99, diskaun sehingga 52% khusus buat para pembeli di Shopee Electronics Zone! Harga asal RM999.

Selain itu anda juga boleh mendapatkan Seagate Hard Drive pada harga RM500, harga asal RM899. Tidak lupa kepada peminat drone kini anda boleh mendapat DJI Mini 3 Pro pada harga RM3,249 dan akhir sekali Royal Kludge H82 “keyboard” dengan harga RM201.99 diskaun sehingga 42%.

Untuk pengetahuan anda, terdapat pelbagai lagi produk Elektronik sedia ditawarkan dengan harga promosi. Khusus kepada pembaca VOCKET, anda boleh mendapatkan 20% cashback dengan menggunakan kod baucar ELZONE60A semasa membuat pembayaran.

Apa tunggu lagi? Ayuh serbu Shopee Electronics Zone dengan klik di sini untuk mengetahui barangan promosi yang ditawarkan dan juga mendapatkan baucar terbaru. Kongsikan juga bersama keluarga serta rakan anda dalam menikmati promosi harga runtuh ini. Jangan lupa juga timbun baucar untuk menikmati penjimatan terhebat!