Pelakon terkenal Hollywood, Jennifer Lopez menarik perhatian ramai semasa mempromosikan filem terbarunya yang berjudul Atlas yang ditayangkan menerusi platform Netflix selepas meminta AI bertutur dalam bahasa Kelantan.

Di dalam video promosi filem tersebut yang dimuat naik oleh akaun Netflix Malaysia, Jenifer Lopez sedang menguji AI bernama Smith, untuk bercakap dalam dialek Melayu Kelantan secara khususnya.

““Bo lah kak wei, sapa bilo nok tanyo ni? (Cukuplah kakak wei, sampai bila nak tanya ni?),” jawab Smith (AI).

Dalam pada itu, dia juga menguji kemampuan AI itu dengan mengarahkan penggunaan beberapa bahasa lain seperti Portugis, Thailand, Indonesia dan Singlish (Singapore English). Difahamkan Smith ini sebenarnya peneman JLo di dalam pengemberaan filem Atlas.

@netflixmy

Mampu tak Smith si AI kecek Kelate? Jom tengok @jlo menguji kehebatannya! 💥 #Atlas kini ditayangkan, hanya di Netflix. #SembangEntertainment #SembangMovie #NewReleases #Movies #MovieTok #WhatToWatch #MovieRecommendations #NetflixMY #FlixReview

♬ original sound – Netflix Malaysia – Netflix Malaysia

Susulan perkongsian video itu, ramai meluahkan rasa teruja dalam masa yang sama tertanya-tanya bagaimana pelakon Holywood itu boleh mengenali dialek Kelantan secara spesifik.

“Macam mana dia boleh kenal Kelantan… dia membesar di Kota Bharu ke?” soal seorang netizen.

“Kelantanese mendunia, banyak-banyak loghat, loghat Kelantan juga yang JLo sebut,” tulis seorang netizen.

“Wahhh. JLo kenal Kelantan,” ujar seorang netizen lagi dengan nada teruja.

Dalam pada itu, ramai yang berseloroh mengatakan Jenifer Lopez sebenarnya berasal dari Pasir Mas, Kelantan malah berbangga nama Kelantan mendunia di pentas Holywood.

Sumber