Kenyataan Johan ‘Jojo’ Ghazali yang membandingkan sukan Silat dan Muay Thai mendapat pelbagai maklum balas dari orang ramai selepas beliau mendakwa bahawa ‘Muay Thai lebih real’ berbanding sukan silat.
Dalam temubual dengan salah seorang pemengaruh media sosial TikTok @yousaff, Johan ditanya mengenai sukan Silat.
Baca Juga:
- ‘Saya Fight Nak Naikkan Nama Malaysia’ – Johan Ghazali Bangga Wakili Negara Berbanding Negeri
- Atlet Muay Thai 16 Tahun Malaysia Berjaya Tewaskan Lawan Dalam Masa 16 Saat, Bawa Pulang RM44,000
Dengan niat tidak mahu merendahkan sukan Silat, beliau berkata bahawa dia merasakan bahawa sukan silat yang dipertandingkan di pelbagai kejohanan kurang ‘real’ berbanding Muay Thai.
“Tak tahu sebab silat yang aku nampak, bukan aku nak jatuhkan sukan mereka, tapi silat olahraga yang aku tengok di orang fight tu macam sejujurnya dia rasa tak real.
“Sebab di orang tak boleh tumbuk muka, and di orang punya port sistem pelik, boleh bantahlah boleh itu inilah. So rasa muay thai lebih real and lebih authentic,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa apa yang beliau katakan adalah pandangan peribadi kerana dia belum pernah berjumpa dengan mana-mana pesilat yang betul-betul hebat.
Di akhir video, beliau melemparkan cabaran, “So kalau siapa-siapa silat nak challenge nak try, jom lah,” katanya.
@youusaff Seni bela diri.
Video tersebut kini sudah mendapat sejuta tontonan di laman TikTok tersebut dengan pelbagai komen, ada yang mengecam dan ada juga yang menerimanya secara berseloroh.
Sebahagian pula menyeru agar Johan cuba berlawan dengan salah seorang tokoh silat negara dan juga pelakon lagak ngeri Indonesia Iko Uwais.
Untuk rekod, anak kelahiran Sarawak ini telah mencapai pelbagai kejayaan dengan terbaharu adalah berjaya menewaskan lawan Edgar Tabares dari Mexico dalam masa 36 saat.
Petarung berusia 17 tahun itu berjaya mencapai kontrak enam angka di ONE Championship dengan rekod tanpa kalahnya 4-0 dalam siri acara ONE Friday Fights.
Meskipun masih muda, Johan dilihat sebagai bintang yang meningkat naik dalam sukan pertempuran tahun ini. Malah, ada yang membandingkannya dengan Juara Dunia ONE Flyweight Muay Thai, Rodtang Jitmuangnon.
Untuk pengetahun, ini bukanlah kali pertama Johan Ghazali berjaya melakukan ‘K.O’ dalam tempoh yang singkat. Pada Februari tahun lalu, Jojo berjaya menumpaskan pihak lawan sepantas 16 saat yang sekaligus membolehkan beliau membawa pulang hadiah bernilai RM44,000.