Kalau selama ini polo sinonim dengan sukan elit dan penuh prestij, kali ini Johor bakal jadi tumpuan dunia apabila Johor Super Crown Polo Tournament (JSCPT) 2026 berlangsung selama enam hari, dari 1 hingga 6 September 2026.

Diperkenalkan secara rasmi menerusi satu sidang media, kejohanan anjuran Royal Johor Polo Club ini bakal menghimpunkan lima pasukan elit bertaraf dunia untuk berentap dalam aksi polo 22-goal yang bakal mencipta sejarah di Malaysia.

Pemain polo antarabangsa bakal beraksi di Johor

5 Pasukan Polo Bertaraf Dunia, Perlawanan 22 Gol & Sejarah Baharu Polo Bakal Tercipta Di Johor!

JSCPT 2026 bakal mencipta sejarah sebagai kejohanan polo dengan handicap tertinggi dan terbesar yang pernah dihoskan di Malaysia.

Lima pasukan elit bertaraf dunia akan berkumpul di Istana Pasir Pelangi ,The Royal Polo Grounds untuk merebut kejuaraan dalam enam hari aksi polo bertaraf antarabangsa.

Lebih menarik, barisan pemain yang bakal beraksi turut merangkumi nama-nama besar dalam dunia polo, termasuk beberapa pemain yang pernah bergelar juara Argentine Open.

Johor sediakan ‘Horse String’ untuk semua pasukan

Antara perkara yang menjadikan kejohanan ini cukup istimewa ialah Johor akan menyediakan keseluruhan horse string untuk setiap pasukan antarabangsa yang bertanding.

Ia merupakan satu usaha logistik besar yang unik di rantau ini bagi memastikan setiap pasukan dapat beraksi pada tahap kompetitif sepanjang kejohanan.

Lima pasukan, satu trofi jadi rebutan

5 Pasukan Polo Bertaraf Dunia, Perlawanan 22 Gol & Sejarah Baharu Polo Bakal Tercipta Di Johor!

Selain aksi di padang, satu lagi perkara yang menjadi perhatian ialah Johor Super Crown Trophy, trofi yang diperkenalkan secara rasmi semasa sidang media kejohanan.

Trofi berkenaan bakal menjadi rebutan lima pasukan yang akan bersaing untuk dinobatkan sebagai juara JSCPT 2026 selepas enam hari aksi polo berstatus 22-goal.

Tak pernah tengok polo? Ini gambaran aksinya!

Kalau korang baru nak kenal sukan polo dan tertanya-tanya apa yang menarik tentang perlawanan 22-goal ini, pemain polo bertaraf 10-goal handicap, Pablo Pieres dari Team Royal Johor, ada gambaran yang cukup mudah untuk difahami.

Menurut beliau, penonton boleh menjangkakan aksi yang sangat mendebarkan dengan kehadiran pemain-pemain hebat dalam satu kejohanan berprestij yang turut disokong fasiliti bertaraf dunia.

Malah, beliau menyamakan pengalaman menonton aksi ini seperti menyaksikan pemain bola sepak terbaik dunia beraksi.

“Basically macam tengok player bola sepak paling hebat dunia main. Cristiano Ronaldo, Messi.”

Jadi, kalau selama ini korang tak pernah tengok polo secara langsung, JSCPT 2026 mungkin peluang untuk menyaksikan sendiri aksi pemain-pemain terbaik dalam suasana kejohanan berstatus tinggi secara live menerusi PoloLine.Tv

Dari warisan diraja ke pentas sukan dunia

5 Pasukan Polo Bertaraf Dunia, Perlawanan 22 Gol & Sejarah Baharu Polo Bakal Tercipta Di Johor!

Dengan tema “Legacy In Motion”, JSCPT 2026 membawa kisah tentang bagaimana warisan diraja Johor terus berkembang menjadi sebuah platform kecemerlangan sukan bertaraf antarabangsa.

Kejohanan ini digerakkan menerusi visi bersama HRH Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, The Regent of Johor, dan ikon polo dunia, Polito Pieres, untuk meletakkan Johor sebagai antara destinasi utama dalam litar sukan mewah antarabangsa.

Dalam usaha membawa Johor ke peta sukan mewah dunia, fasiliti yang tersedia di Royal Johor Polo Club juga menjadi antara kelebihan utama.

Menurut David Keyte, wakil Royal Johor Polo Club dan Special Officer to the Regent of Johor, fasiliti di Royal Johor Polo Club sememangnya bertaraf dunia di rantau ini.

“Facility di Royal Johor Polo Club memang world class in this region. Same par as US, UK.”

Perkara ini sekali gus mengukuhkan aspirasi untuk menjadikan Johor sebagai destinasi pilihan dalam international luxury sports circuit.

Kejohanan eksklusif dengan sorotan bertaraf dunia

Selain perlawanan di padang, JSCPT 2026 turut merangkumi acara eksklusif seperti Gala Night dan Grand Final.

Walaupun kejohanan ini merupakan acara by-invitation-only, peminat polo dari seluruh dunia masih boleh menyaksikan aksi secara langsung menerusi siaran global di PoloLine.TV.

Royal Johor Polo Club, simbol warisan polo Johor

5 Pasukan Polo Bertaraf Dunia, Perlawanan 22 Gol & Sejarah Baharu Polo Bakal Tercipta Di Johor!

Berusia lebih satu abad, Royal Johor Polo Club merupakan antara kelab polo tertua dan paling berprestij di Asia, dengan sejarah yang begitu rapat dengan warisan diraja Johor.

Bertempat di Istana Pasir Pelangi, The Royal Polo Grounds, JSCPT 2026 bukan sahaja meraikan kecemerlangan sukan polo, tetapi turut membuka ruang untuk persahabatan antarabangsa, pertukaran budaya serta perkembangan luxury sports tourism di Johor.

Dengan lima pasukan bertaraf dunia, pemain antarabangsa dan sebuah trofi yang bakal menjadi rebutan, kejohanan ini membawa warisan polo Johor ke pentas yang lebih besar.

Siapa yang bakal jadi juara? Jangan lepaskan aksi polo yang bakal jadi sejarah ini!

Dengan penyertaan lima pasukan elit antarabangsa dan aksi polo berstatus 22-goal, JSCPT 2026 bakal menjadi satu lagi detik penting dalam perjalanan Johor membawa warisan dan kecemerlangan sukan ke pentas global!

Nak tahu lebih lanjut tentang kejohanan dan jadual penuh acara? Layari https://royaljohorpoloclub.com dan follow akaun rasmi mereka di Instagram dan Facebook Royal Johor Polo Club untuk info terkini mengenai kejohanan ini.