Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih mesra dengan panggilan ‘Jojo Ghazali’ merakamkan kejayaan manis dalam acara kategori catchweight MuayThai pertarungan ONE 168: Denver sebentar tadi.

Dalam aksi yang berlangsung tanah tempat kelahiran ibunya iaitu Denver, Colorado Amerika Syarikat itu, Jojo beraksi cemerlang untuk menundukkan lawan dari Mexico, Josue Cruz secara knockout (KO) pada lewat pusingan pertama.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Kemenangan itu sememangnya sudah dijangka kerana memperlihatkan kepada rekod beliau yang lebih baik berbanding Cruz dalam kejohanan One Championship.

Berusia 17 tahun dan mewakili Rentap MuayThai Gym, Jojo bermula dengan cukup baik apabila tidak menunggu lama untuk mengatur siri serangan bagi mengasak Cruz.

Serangan ke arah badan dan kemudiannya mencari kawasan telinga lawan ketika pusingan pertama hanya menanti masa untuk ditamatkan akhirnya membuatkan Josue Cruz tidak mampu bertahan sekali gus menobatkan Jojo Ghazali selaku juara.

Seperti yang diumumkan sebaik sahaja kemenangan tersebut, Jojo bakal membawa pulang wang tunai bernilai $50,000 (RM216,500) sebagai bonus berikutan aksi hebat ditampilkannya.

Mengulas mengenai kemenangannya itu, Jojo meluahkan kesyukurannya dengan mengatakan segala dinikmatinya adalah pemberian Allah SWT.

Dalam masa sama, beliau turut mengambil kesempatan untuk bertutur dalam bahasa Melayu di bumi Amerika Syarikat tersebut.

“Assalammualaikum orang Malaysia, apa khabar ‘korang’? Sihat ke korang dekat sana rindu betul Malaysia ni.”

“Malaysia Boleh! Alhamdulillah.”

Kemenangan ini turut menebus kehampaan Jojo Ghazali yang tunduk kepada lawan berpengalaman dari Vietnam, Nguyen Tran Duy Nhat pada Jun lalu.