Presiden Joko Widodo (Jokowi) telah mengadakan pertemuan dengan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden di White House, Washington DC, pada Isnin minggu ini, lapor Kompas.

Pada kesempatan ini, Presiden Jokowi mendesak agar Amerika Syarikat campur tangan di atas krisis yang melanda dua negara iaitu Palestin dan Israel.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Jokowi juga meminta agar AS untuk menghentikan kekejaman di Gaza akibat konflik Hamas-Israel yang terjadi sejak bulan lalu lagi.

“Indonesia juga berharap kerjasama kami dapat menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran serantau dan global. Oleh karena itu, Indonesia meminta AS untuk melakukan lebih banyak lagi untuk menghentikan kekejaman di Gaza,” kata Jokowi ketika bertemu Biden, seperti dilaporkan AFP.

“Gencatan senjata adalah satu keperluan demi kemanusiaan,” sambung Jokowi. Presiden Jokowi turut melahirkan rasa terima kasih atas jemputan yang diberikan Joe Biden kepadanya untuk datang ke Rumah Putih. “Sekali lagi, terima kasih atas jemputan, Presiden Biden, terima kasih,” kata bekas Datuk Bandar Solo itu.

Bagaimanapun, dalam satu klip yang dikongsi oleh CNN Indonesia. Dilihat bahawa perbualan kedua tokoh pemimpin ini tidak menyambung.

Apabila Jokowi membahaskan mengenai permintaan beliau agar AS masuk campur terhadap apa yang terjadi di Gaza, Joe Biden pula menukar topik dan membincangkan mengenai perubahan iklim.

“Apabila anda baru datang dan menyambut anda di dalam kereta, apabila anda keluar, kami sudah bercakap mengenai topik iklim yang sangat penting, di mana anda berkata, ‘Saya berasa sejuk’. Dan saya mahu menyelesaikannya dengan cepat (krisis iklim) ,โ€ seloroh Biden yang disambut senyuman kecil Jokowi.

Klip yang tular kini sedang rancak dibahaskan oleh rakyat Indonesia, mahupun Malaysia. Kebanyakan mereka memuji sikap berani Jokowi berdepan dengan Presiden AS dengan membuat permintaan yang populis.

Manakala sebahagian lagi merasakan bahawa Joe Biden sudah nyanyuk dan tidak mengerti apa yang cuba disampaikan oleh Jokowi. Atau boleh jadi, Biden sengaja buat-buat tuli.