Setelah berhari-hari pemilihan raya Amerika Syarikat berlangsung, akhirnya teka-teki terjawab pada hari ini apabila Joe Biden daripada parti Demokrat sah mempunyai majoriti mengalahkan Donald Trump dan bakal dilantik sebagai presiden Amerika Syarikat yang ke-46.
Kemenangan pemilihan presiden Amerika Syarikat yang ditentukan dengan jumlah 270 electoral votes berjaya dicapai Joe Biden setelah berjaya mengumpul 290 undian setakat artikel ditulis.
Kemenangan Joe Biden nyata berjaya membuat sebilangan besar netizen gembira khususnya warga muda Amerika Syarikat setelah Donald Trump sebelum ini kerap membawakan usul serta polisi yang kurang disenangi rakyatnya.
Lebih unik mengenai kemenangan Joe Biden pada kali ini, Kamala Harris berjaya mencipta sejarah setelah muncul sebagai wanita berkulit hitam pertama yang memegang jawatan Naib Presiden Amerika Syarikat.
Sebaik sahaja Joe Biden sah mempunyai majoriti, presiden baharu Amerika Syarikat ini telah memuat naik tweet bagi menghargai rakyat Amerika Syarikat yang memilih beliau presiden. Tahniah diucapakan buat Joe Biden selaku Presiden Amerika Syarikat yang ke-46.
America, I’m honored that you have chosen me to lead our great country.
The work ahead of us will be hard, but I promise you this: I will be a President for all Americans — whether you voted for me or not.
I will keep the faith that you have placed in me. pic.twitter.com/moA9qhmjn8
— Joe Biden (@JoeBiden) November 7, 2020
Tular pada minggu ini apabila terdapat premis yang terpaksa membina tembok kayu bagi mengelakkan sebarang daripada sebarang kejadian yang tidak diingini menjelang pilihan raya Amerika Syarikat.
Joe Biden Lawan Donald Trump, Premis Bina Tembok Kayu Persediaan Demonstrasi Jalanan
Twitter Terpaksa Ambil Tindakan Terhadap Donald Trump Yang Mendakwa ‘Imun’ Daripada COVID-19
‘Adakah Anda Menyesal Berbohong?’ – Lihat Reaksi Donald Trump Ketika Ditanya Soalan Ini