Percutian keluarga ke luar negara untuk empat orang lengkap dengan tiket penerbangan, penginapan serta Pelan U Family 128 percuma selama 12 bulan daripada U Mobile menanti pemenang cabutan bertuah utama bagi peserta yang menyertai acara larian Jom Heboh Fun Run bersama Harian Metro.

Acara larian santai sempena Karnival Jom Heboh itu akan berlangsung pada 9 November ini di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan.

Ia bukan sekadar aktiviti riadah, tetapi turut menawarkan hadiah cabutan bertuah menarik bernilai keseluruhan lebih RM40,000, termasuk televisyen 50 inci, skuter, robot vakum, air fryer, beg perjalanan dan banyak lagi.

Menurut Pengarah Projek Karnival Jom Heboh, Eileen Lim, edisi kali ini menandakan pembaharuan karnival ikonik yang meraikan ulang tahun ke-22 penganjurannya.

“Jom Heboh Fun Run kali ini bukan sekadar acara larian santai ia satu pengalaman komuniti penuh hiburan, ganjaran dan semangat kekeluargaan.

“Kami mahu semua peserta berlari sambil berseronok, menikmati suasana meriah dan pada masa sama berpeluang membawa pulang hadiah impian seperti percutian keluarga ke luar negara,” katanya.

Menambah kemeriahan, peserta turut berpeluang berlari bersama barisan artis popular tanah air seperti Farah Nabilah Wazer, Fahiz Ariff, Barr Zaizan, Amirulhakim Lokman, Asrulnizam Kadir, Fatin Hamimah, Muaz Mohamed, Drama Band dan ramai lagi.

Setiap peserta yang mendaftar pasti akan pulang dengan senyuman kerana akan menerima baju rasmi larian, running bib serta beg galas eksklusif berisi goodies bernilai lebih RM50 daripada jenama terkenal seperti Famous Amos, Munchy’s, Kinohimitsu, Floridina, Daia, Nutox, Yogood dan banyak lagi.

“Kami pastikan setiap peserta tidak pulang dengan tangan kosong. Walaupun datang sekadar untuk berseronok, mereka tetap dapat membawa pulang pelbagai barangan menarik hasil tajaan jenama terkenal,” jelas Eileen.

Jangan lepaskan peluang untuk daftar sekarang dan sertai Jom Heboh Fun Run 2025 larian santai penuh hadiah, hiburan dan peluang membawa pulang percutian keluarga impian ke luar negara.

Eileen turut mengingatkan orang ramai yang ingin menyertai larian ini untuk segera mendaftar sebelum tarikh tutup penyertaan pada 2 November 2025.

Tempat adalah terhad dan pendaftaran boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan rasmi di sini.