Sebut je AEON, pasti ramai yang pernah mengunjungi gedung beli-belah ini untuk mencari pelbagai keperluan semasa.
Apatah lagi dengan bermacam tawaran dari barangan segar sehinggalah ke kolaborasi eksklusif dengan anime Jujutsu Kaisen, SpyX Family, pereka stads dari Indonesia dan bakat-bakat besar seperti Melinda Looi, Jovian Mandagie, Fiziwoo dan banyak lagi termasuklah kolaborasi terbaru bersama Izzati Suza! Eksklusif hanya di AEON saja tau!
Kini, dengan sambutan ulang tahun yang ke-40, AEON memberi ganjaran yang lebih besar lagi! AEON dan juga EON Berhad menawarkan 160 hadiah dan 4 kereta mewah kepada 164 pembeli yang bertuah!
Adakah anda salah seorang dari pemenang ini?
4 kereta mewah sedia untuk dimenangi!
AEON Retail Malaysia buat julung kalinya berjaya menawarkan sehingga empat kereta mewah kepada para pelanggan!
Antara model yang anda berpeluang untuk menangi terdiri daripada Mitsubishi Expander, Proton X90, Smart #1 dan juga Audi Q8 e-tron!
Oh ya, bukan itu sahaja, sebanyak 160 hadiah lagi sedia untuk dimenangi para pelanggan. Dalam erti kata lain, lebih banyak anda berbelanja, lebih tinggi peluang anda untuk mendapat hadiah daripada AEON!
Semudah shopping untuk menang!
Bermula 19 Ogos hingga 1 Disember 2024, setiap kali anda shopping di AEON, anda akan dapat peluang untuk menang. Senang bukan? Semakin kerap anda berbelanja, semakin cerah peluang nak bawa balik salah satu kereta premium ni.
Proton X90 untuk keluarga? Atau Smart #1 untuk pemanduan bandar yang cool? Pilihan di tangan anda!
Peraduan ini terbuka kepada semua! Tidak kira umur, jantina atau minat anda, semua ada peluang yang sama. Dengan 164 pemenang yang akan diumumkan sepanjang 4 bulan, memang peluang terbaik untuk anda!
Jadi, tunggu apa lagi? Sertailah #SamaSama40 sekarang dan siapa tahu, anda mungkin pemenang bertuah yang akan memandu pulang Audi Q8 e-tron atau Proton X90! Nak tahu lebih lanjut, layari laman web AEON sekarang dengan klik di sini!