Pasukan kebangsaan Jordan dilaporkan menghadapi masalah menjelang sepak mula Piala Asia 2023 di Qatar kurang dua minggu dari sekarang.
Menurut laporan salah sebuah media di Qatar, bekas penolong jurulatih pasukan iaitu Yassin Amal berpendapat skuad kendalian Hussein Ammouta menghadapi masalah di posisi pertahanan.
Baca Juga:
- Skuad Piala Asia 2007, Ke Mana Mereka Kini?
- Kapten Kelab England Ini Didakwa Ada Kaitan Dengan Malaysia
- TERKINI: Tiada Kelibat TRW Kelantan Di Liga Super 2024/25
مركز الأخبار مباشر |
ياسين عمال المدرب المساعد لمنتخب الاردن الأسبق : منتخب الأردن يضم عناصر على مستوى عالٍ ومشكلة المنتخب في الخط الدفاعي #كأس_آسيا #قطر2023 #قنوات_الكاس pic.twitter.com/k6BmlqwD9V— قنوات الكاس (@AlkassTVSports) January 2, 2024
“Jordan kali ini membawa pemain berprofil tinggi namun mempunyai masalah di bahagian pertahanan,” kata Yassin.
Bagi menghadapi temasya kali ini, pasukan dari Asia Barat itu membawa empat pemain yang arif dengan saingan bola sepak Malaysia memandangkan dua pasukan ini diundi dalam kumpulan E bersama Korea Selatan dan Bahrain.
Ammouta membawa empat pemain iaitu Mahmoud Al-Mardi (bekas pemain Kedah), Yazan Al-Arab (bekas pemain Selangor), Noor Al-Rawabdeh (Selangor) dan Fadi Awad (PDRM).
Masalah yang dihadapi oleh Jordan ketika ini boleh dimanfaatkan oleh pasukan negara bimbingan Kim Pan-gon memandangkan kedua-dua pasukan akan bertemu pada aksi pertama peringkat kumpulan.
Jordan masih belum meraih sebarang kemenangan dalam tujuh perlawanan persahabatan dan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 yang dihadapi pada tahun lalu.
Kali terakhir pasukan itu meraih kemenanga ialah pada Jun 2023 dimana mereka menewaskan Jamaica dengan keputusan 2-1 dalam perlawanan persahabatan.
Berbeza dengan Malaysia, skuad Harimau Malaya berjaya mencatat empat kemenangan, dua seri dan satu kekalahan dalam tujuh perlawanan terakhir yang dihadapi.
Kemenangan ke atas Jordan akan memastikan pasukan negara memulakan temasya kali ini dengan langkah kanan dan mencerahkan peluang pasukan negara untuk mara ke peringkat seterusnya.