Jordi Alba mempertikaikan pihak yang membuat perbandingan antara Lionel Messi dan Lamine Yamal dengan menyatakan bahawa penjaring terbanyak sepanjang zaman Barcelona itu  ‘tidak mempunyai saingan’.

Yamal telah terjerumus ke dalam perdebatan yang jelas sejak beliau melangkah keluar dari La Masia untuk bersama skuad senior Barcelona pada usia 15 tahun.

Baca Juga:

Reputasinya semakin lama semakin meningkat dan kini telah menjadi bintang global dengan caranya sendiri.

Keadaan itu menjurus kepada bermulanya perbandingan yang mengatakan pemain muda berbakat besar itu dengan Messi.

Jordi Alba: Messi Tiada Tandingan

Bagi Yamal, naratifnya baru sahaja bermula. Walaupun bakatnya luar biasa, Alba percaya ramai lagi bakat besar dalam skuad Barcelona pada ketika ini.

Manakala Alba yang menghabiskan bertahun-tahun penuh kenangan bersama ikon Argentina itu di Camp Nou dan kini menjadi rakan sepasukan legenda itu di kelab MLS, Inter Miami, sentiasa menganggap Messi sebagai yang terbaik dalam bidangnya.

“Saya rasa dia [merujuk kepada Yamal] pemain yang hebat, tetapi di Barca ada ramai lagi hebat seperti Pedri, Gavi, [Frenkie] de Jong. Dan saya tak senaraikan ramai lagi,” ujar Alba menurut sumber laporan Goal.

“Saya rasa nak bandingkan dia dengan Leo, tak ada perbandingan langsung sebabnya Leo ni memang tiada tandingan.”

 

Sumber