Lionel Messi mengakui bahawa kehidupannya di Amerika Syarikat bersama Inter Miami kini terasa lebih tenang dan menyeronokkan berbanding ketika beraksi di Eropah bersama Barcelona dan Paris Saint-Germain.

Legenda hidup itu berpendapat bahawa tekanan di sana tidak seberat seperti yang pernah dialaminya ketika berada di Eropah.

Baca Juga:

Dahulu, rutin harian yang padat dan tekanan untuk sentiasa menang sering membuatkan dirinya mudah tertekan serta sukar menikmati masa bersama keluarga.

Kini pula Messi lebih menikmati kehidupan dalam suasana yang lebih santai di Amerika Syarikat.

Amerika Syarikat Lebih Santai Buat Messi

“Macam nampak seolah-olah hidup saya di Paris itu satu mimpi ngeri tapi sebenarnya tidak,” ujar Messi menurut sumber laporan Goal.

“Bila saya kata saya tak gembira, maksudnya saya tidak menikmati apa yang saya buat. Perkara yang paling saya cintai iaitu bermain bola sepak.”

“Rutin harian, latihan, perlawanan semuanya terasa berat kerana saya tidak berada dalam keadaan baik.”

“Tapi sejujurnya sebagai sebuah keluarga kami tetap ada pengalaman yang indah di sana. Paris adalah kota yang menakjubkan, kami menikmatinya.”

“Ia juga kali pertama kami meninggalkan Barcelona, jadi segalanya terasa baharu dan agak sukar untuk menyesuaikan diri. Ia bukan sebab kecederaan, cuma keadaan jadi begitu saja.”

“Namun hakikatnya, saya tak gembira dengan apa yang saya cintai untuk lakukan setiap hari.”

“Dan di sini, di Miami, segalanya jauh lebih baik. Kami menikmati kehidupan di bandar ini, rutin harian juga menggembirakan.”

“Macam yang saya cakap, gaya hidup di sini hampir sama seperti di Castelldefels dulu, kelab dekat, sekolah anak-anak pun berdekatan, semuanya mudah diakses dan selesa.”

“Kami tinggal di kawasan luar bandar yang cantik, cuma satu je masalah besar iaitu trafik di sini memang teruk,” katanya sambil ketawa kecil.

“Itu sahaja, kami kini menikmati setiap hari dengan cara yang berbeza, lebih tenang tanpa tekanan berlebihan atau kewajipan mutlak untuk sentiasa menang dan capai semua sasaran.”

“Sudah tentu, semangat untuk menang itu masih ada tapi tekanannya tidak sama seperti dulu. Itu yang membuatkan hidup terasa lebih rileks, kami lebih banyak masa bersama keluarga, bersama anak-anak, boleh datang ke latihan, pergi ke perlawanan, dan luangkan lebih banyak masa di rumah.”

“Bila balik rumah pun, saya dah tak terlalu fikir tentang bola sepak. Saya boleh fokus pada perkara lain. Dan itu, sama ada kita sedar atau tidak, buat kita rasa hidup dengan cara yang berbeza.”

“Sebab dulu, keputusan perlawanan dan rutin harian kadang-kadang buat saya terbeban. Bila pulang, saya boleh jadi ‘moody’, suasana rumah pun lain.”

“Tapi sekarang, semuanya berubah. Lami lebih tenang dan gembira di sini,” tambah Messi lagi.

Sumber