Ketua jurulatih baharu Portugal, Jorge Jesus tampil mempertahankan Cristiano Ronaldo selepas ramai pihak menyalahkan legenda berusia 41 tahun itu susulan penyingkiran Portugal di Piala Dunia 2026.

Jorge Jesus yang sebelum ini membimbing Ronaldo di Al-Nassr menegaskan bekas pemenang Ballon d’Or itu sama sekali bukan masalah buat skuad kebangsaan Portugal, dan sama sekali bukan sebab Portugal tersingkir.

Ronaldo malah menjadi penjaring utama untuk negaranya pada Piala Dunia 2026 yang lalu.

Menurutnya, Ronaldo masih merupakan simbol bola sepak Portugal dan jasa serta pengaruhnya terhadap negara tidak seharusnya dipersoalkan hanya kerana satu keputusan mengecewakan.

Beliau turut menjelaskan bahawa keputusan sama ada Ronaldo akan terus dipanggil menyarung jersi Portugal bergantung kepada prestasi semasa serta tahap kecergasan pemain itu.

Jesus menegaskan tiada siapa yang akan diberikan tempat secara automatik, namun jika Ronaldo masih berada pada tahap terbaik dan mampu membantu pasukan, beliau tidak teragak-agak untuk menyenaraikannya.

Cristiano Ronaldo tidak akan pernah menjadi masalah.

Jorge Jesus berkata: “Dia tidak akan pernah menjadi masalah untuk pasukan kebangsaan mahupun untuk saya.

“Jika Cristiano Ronaldo berada dalam keadaan fizikal dan teknikal yang baik, saya akan memilihnya.”

“Dia adalah simbol bola sepak Portugal.”

Portugal sebelum ini tersingkir di pusingan 16 terbaik selepas tewas 0-1 kepada Sepanyol, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa ia merupakan penampilan terakhir Ronaldo di pentas Piala Dunia.

Jorge Jesus juga mengakui beliau mengenali Ronaldo dengan cukup baik hasil kerjasama mereka di Al-Nassr dan percaya semangat juang serta profesionalisme penyerang itu masih mampu memberi nilai kepada skuad Portugal sekiranya dipilih pada masa hadapan.

Jorge Jesus turut memuji profesionalisme Ronaldo ketika mereka di Al Nassr. Di mana pemain itu tidak pernah merungut ketika diminta berlari di atas padang, atau ketika Ronaldo dikeluarkan lebih awal.