Pengurus Fenerbahce, Jose Mourinho tanpa berselindung menyatakan kesediaannya untuk kembali membimbing kelab English Premier League (EPL).
EPL nyata bukan asing buat pengendali kelahiran Portugal itu kerana sebelum ini beliau pernah menggalas tanggungjawab berat bersama Chelsea, Manchester United dan Tottenham Hotspur.
Baca Juga:
- Mourinho Masih Yakin Man United Adalah Juara EPL Sebenar Bukannya Man City
- Mourinho Bantah Keputusan Pengadil Dengan Guna Laptop
- Jose Mourinho Dedah Kesilapan Paling Besar Dilakukan Dalam Kariernya
Ketika bersama Chelsea, beliau telah mengecapi nikmat selaku juara EPL pada musim 2004/05, 2005/06 dan 2014/15 serta menjulang Piala FA 2006/ 207.
Manakala, Mourinho turut pernah membawa Manchester United menjuarai Europa League dan Piala Liga 2016/17. Beliau hanya gagal memberikan sebarang piala buat Tottenham Hotspur.
Kali ini, Mourinho merasakan sudah tiba masanya buat beliau untuk mengubah nasib pasukan di tangga bawahan liga paling popular di dunia itu.
“Perkara terbaik yang perlu saya lakukan apabila saya memilih untuk meninggalkan Fenerbahce ialah pergi ke kelab (EPL) yang tidak bermain di kejohanan Eropah.”
“Jadi, ia merupakan sebuah kelab bawahan di England yang mana memerlukan jurulatih bagi tempoh dua tahun, saya bersedia untuk pergi ke sana,” ujar Mourinho menurut sumber laporan Goal.
Melihatkan kepada pengakuan tersebut, amat menarik untuk disaksikan sekiranya benar Jose Mourinho dapat membimbing kelab bawahan.
Ia boleh dianggap sebagai perkara baharu kerana sebelum ini beliau lebih memilih untuk mengendalikan kelab-kelab ternama Eropah.
Seperti diketahui, beliau kini bersama Fenerbahce yang menghuni tangga keempat Liga Super Turkiye selepas mengharungi lapan perlawanan hasil lima kemenangan, dua keputusan seri dan satu kekalahan.
Satu-satunya kekalahan dialami Fenerbahce adalah menentang pendahulu liga yang merupakan musuh tradisi, Galatasaray dengan keputusan 1-3.