Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sarawak telah menyita sebuah kereta mewah jenama Ferrari edisi terhad semasa Op Luxury baru-baru ini.
Hasil pemeriksaan mendapati kereta mewah itu didapati melakukan beberapa kesalahan; Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan tidak mempamerkan nombor pendaftaran hadapan.
Baca Juga:
- ‘Tiada Lagi KPI Saman, Fokus Pada Pematuhan Keselamatan Jalan Raya’ – KP JPJ

- JPJ Bakal Gegarkan Pulau Pinang Dengan Karnival Mega MADANI Bersama Media Prima Berhad

- Kereta Dalam Perjalanan Untuk Didaftarkan Disita JPJ

@jpjsarawakofficial Kuching, 5 April 2026 – Sebuah Ferrari telah ditahan dalam Ops Luxury oleh JPJ Sarawak selepas pemeriksaan mendapati kenderaan berkenaan melakukan kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh, tiada perlindungan insurans yang sah serta tidak pamer nombor pendaftaran hadapan. Susulan itu, kenderaan tersebut telah disita di bawah Seksyen 64(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat
“Susulan itu, kenderaan tersebut telah disita di bawah Seksyen 64(1), Akta Pengangkutan Jalan 1987 untuk tindakan lanjut mengikut peruntukan undang-undang yang berkuatkuasa,” kata JPJ Sarawak.
Kereta mewah yang disita itu merupakan model Ferrari ultra-terhad yang ditala oleh Novitec Group, sebuah syarikat pengubahsuaian kereta terkemuka dari Jerman.
Berkuantiti ultra-terhad, Novitec hanya menukarkan 11 unit Ferrari F12berlinetta di seluruh dunia menjadi sebuah jentera widebody karbon fiber yang 14cm lebih lebar yang jauh lebih berkuasa dengan 781 hp.