Pada awal bulan Jun lalu, suami Fatin Afeefa, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai ‘Opai’ telah mencetus rasa kurang senang di kalangan netizen apabila mengeluarkan kenyataan yang menyakitkan hati pemilik-pemilik kenderaan.
Kenyataan Opai yang memandu McLaren 570S convert 600LT itu telah mendapat perhatian Tunku Panglima Johor. Tunku memberikan teguran berhikmah agar netizen menghargai dan meraikan apa jua kenderaan dimiliki oleh orang lain.
Baca Juga:
- Suami Fatin Afeefa Perlekeh Pemilik Bukan ‘Supercar’, Tengku Panglima Johor Kongsi Teguran Berhikmah
- ‘Masuk Mahkamah Seminit Terus Balik’ – Suami Fatin Afeefa Didakwa Netizen Perli Adam Shahz
- ‘Dia Bukan Trader Forex’ – Individu Ini Dakwa Suami Fatin Afeefa Kaki Tipu Raih Perhatian Netizen
Terbaharu, memetik Berita Harian (BH), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur menggesa pemilik kenderaan mewah McLaren yang tular minggu lalu tampil membuat laporan.
JPJ KL menasihati pemilik kenderaan terbabit membuat laporan polis susulan gambar kenderaannya tular dalam kejadian membabitkan suami artis popular minggu lalu.
Jabatan itu turut mengesahkan nombor plat yang dikatakan milik kenderaan buatan McLaren itu bukan nombor sebenar dan pemilik berdaftar pula orang berbeza.
“Adalah menjadi kesalahan untuk mempamerkan nombor pendaftaran yang bukan kepunyaan kenderaan berkenaan mengikut Seksyen 108(3)(F) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya kepada BH.
Sehubungan kenyataan JPJ itu, Opai telah memuat satu IG Story memberikan penjelasan.
“JPJ tak ada panggil pun, tak ada surat sampai, JPJ tak ada pun call. Tapi saya rasa kalau nak bagi penjelasan pun, ini penjelasan saya lah.
“Biasalah orang kahwin, nak pakai nombor plat fancy, nombor plat cantik-cantik letak nama sendiri. Jadi benda ini dah kahwin pun dah hampir setengah tahun dah. Viral, dah viral lama dah.
“Jadi janganlah kata kononnya JPJ panggil. Di atas jalan raya tak pakai pun nombor plat itu.
“Jadi saya rasa, sudah-sudahlah. Orang Malaysia pun bosanlah dengan cerita Opai. Semua orang nak pakai nama saya pun sebab senang nak masuk FYP. Sebab apa? Sebab memang kita bagus,” jelasnya
Dalam pada itu, IG Story Fatin Afeefa pula ada berkongsi gambar suaminya terbaring dengan caption ‘kena pukul dengan geng Honda’.