Sebuah berita positif pada bulan ini apabila Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) melaporkan bilangan penganggur Malaysia menurun sebanyak 3,000 individu atau 0.5% rakyat Malaysia.
Sebagai rekod yang dikeluarkan data Oktober 2022, Malaysia pada ketika ini mempunyai 602,000 jumlah penganggur yang mewakili 3.6% rakyat Malaysia.
Baca Juga:
- Masyarakat Dunia Perlu Bersedia, Orang Terkaya Dunia Beri ‘Warning’ Mengenai Kemelesetan Ekonomi
- Bank Dunia Beri Amaran Ekonomi Global Dalam Keadaan ‘Tenat’
Data tenaga buruh di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini bagaimanapun masih mengekalkan kadar pengangguran sekitar 3.6% – di mana 0.3% lebih tinggi berbanding data sebelum pandemik COVID-19 sebelum ini.
Menerusi data yang dikongsikan DOSM, 81.6% daripada jumlah pengangguran itu dikategorikan sebagai penganggur aktif seramai 491,300 individu. Sementara itu, 6.3% daripada jumlah individu penganggur dilaporkan telah menganggur lebih dari setahun.
Meskipun masih merekodkan jumlah pengangguran yang tinggi, DOSM memaklumkan jumlah terbaru yang direkodkan merupakan paras terendah sejak pandemik COVID-19.