Seorang penganggur direman 4 hari bermula hari ini sehingga khamis depan atas dakwaan menikam seorang wanita di sebuah kedai dobi di Seberang Takir Kuala Nerus, Sabtu lalu.

Memetik Buletin TV3, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd. Zaki Wan Ismail, berkata, suspek yang berusia 25 tahun itu ditahan di Kampung Mengabang Telipot, Kuala Nerus kira-kira 3.30 petang semalam.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut beliau, hasil ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah ketika ditahan.

Polis masih menyiasat motif kejadian namun tidak menolak kemungkinan suspek cuba melakukan samun terhadap mangsa yang juga wanita tempatan berusia 31 tahun.

Siasatan awal menunjukkan kedua-dua mereka tidak mengenali antara satu sama lain dan mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 akta yang sama.