Sebuah berita positif pada bulan ini apabila Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM)  melaporkan bilangan penganggur Malaysia menurun sebanyak 3,000 individu atau 0.5% rakyat Malaysia.

Sebagai rekod yang dikeluarkan data Oktober 2022, Malaysia pada ketika ini mempunyai 602,000 jumlah penganggur yang mewakili 3.6% rakyat Malaysia.

Baca Juga:

Data tenaga buruh di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini bagaimanapun masih mengekalkan kadar pengangguran sekitar 3.6% – di mana 0.3% lebih tinggi berbanding data sebelum pandemik COVID-19 sebelum ini.

Menerusi data yang dikongsikan DOSM, 81.6% daripada jumlah pengangguran itu dikategorikan sebagai penganggur aktif seramai 491,300 individu. Sementara itu, 6.3% daripada jumlah individu penganggur dilaporkan telah menganggur lebih dari setahun.

Meskipun masih merekodkan jumlah pengangguran yang tinggi, DOSM memaklumkan jumlah terbaru yang direkodkan merupakan paras terendah sejak pandemik COVID-19.