Tirai kejohanan badminton Terbuka Swiss 2025 bakal bermula petang ini dengan Malaysia mempunyai 10 wakil dengan kehadiran nama besar seperti Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Soh Huat-Shevon Lai Jemie.

Soon Huat dan Shevon juga turun dengan misi untuk mengekalkan kejuaraan yang mereka menangi pada edisi tahun lalu setelah menundukkan rakan senegara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di perlawanan akhir.

Baca Juga:

Cabaran negara pada hari ini bermula dengan pusingan kelayakan dimana Justin Hoh dan Tan Jia Jie akan beraksi dalam perseorangan lelaki.

Terbuka Swiss 2025
Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pasti mahu bangkit di Terbuka Swiss 2025. Kredit Foto: BAM

Manakala S. Kisona sebagai sandaran tunggal perseorangan wanita dalam usaha untuk mengiringi Goh Jin Wei di undian utama.

Sebaik sahaja tamat pusingan kelayakan, Sze Fei-Nur Izzuddin bersama-sama Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi akan turun beraksi di pusingan pertama.

Terbuka Swiss 2025 merupakan kejohanan dalam kalendar Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) yang berstatus Super 300.

Ia merupakan kejohanan kelapan pada musim dalam lingkungan status Super 300 hingga ke Super 1000 selepas Terbuka Malaysia, Terbuka India, Indonesia Masters, Thailand Masters, Terbuka Jerman, Orleans Masters dan All England.

Terbuka Swiss 2025
Goh Sze Fei-Nur Izzuddin diletakkan selaku pihan utama kejohanan. Kredit Foto: BAM

Menurut tinjauan, kejohanan ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai $250,000 (RM1,111,445.18).

Berikut merupakan pecahan hadiah wang tunai diberikan pemain-pemain yang menyertai Terbuka Swiss 2025.

Terbuka Swiss 2025

Tewas di pusingan kedua (Round of 16)

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $875 (RM3,889.38).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $937 (RM4,164.97).

Tewas di suku akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $1,500 (RM6,666.66) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $1,812 (RM8,053.33).

Terbuka Swiss 2025
Leong Jun Hao jadi sandaran dalam acara perseorangan lelaki. Kredit Foto: BAM

Tewas di separuh akhir

Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di separuh akhir akan pulang dengan $3,625 (RM16,111.11).

Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $3,500 (RM15,553.75).

Naib Juara

Bagi pemain yang muncul naib juara dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $9,500 (RM42,217.33).

Juara

Habuan yang lebih lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita apabila mereka akan membawa pulang $18,750 (RM83,330.39) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $19,750 (RM87,774.68.