Barisan pemain badminton seluruh dunia akan kembali sibuk dengan kejohanan di Eropah yang bakal bermula dengan saingan Terbuka Jerman 2025.
Kejohanan berstatus Super 300 itu akan diadakan di Westenergie Sporthalle, Mülheim an der Ruhr, Jerman bermula 25 Februari hingga 2 Mac ini.
Baca Juga:
- Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain Dalam Thailand Masters 2025
- Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain Dalam Indonesia Masters 2025
- Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain Dalam Terbuka India 2025
Ia merupakan kejohanan kelima pada musim dalam lingkungan status Super 300 hingga ke Super 1000 selepas Terbuka Malaysia, Terbuka India, Indonesia Masters dan Thailand Masters.
Kejohanan yang akan menampilkan barisan pemain-pemain terbaik dunia seperti Viktor Axelsen, Loh Kean Yew, Seo Seung Jae-Kim Won Ho, Ben Lane-Sean Vendy dan ramai lagi itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai $240,000 (RM1,060,489.54).
Berikut merupakan pecahan hadiah wang tunai diberikan pemain-pemain yang menyertai kejohanan tersebut.
Terbuka Jerman 2025
Tewas di pusingan kedua (Round of 16)
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua akan membawa pulang $840 (RM3,711.71).
Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $900 (RM3,976.83).
Tewas di suku akhir
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di pusingan kedua bakal menerima $1,440 (RM6,362.93) manakala pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran akan membawa pulang $1,740 (RM7,688.54).
Tewas di separuh akhir
Pemain perseorangan lelaki dan wanita yang tewas di separuh akhir akan pulang dengan $3,480 (RM15,377.09).
Manakala, pemain dalam acara beregu lelaki, wanita dan campuran pula bakal meraih $3,360 (RM14,846.85).
Naib Juara
Bagi pemain yang muncul naib juara dalam semua acara dipertandingkan, mereka menerima wang tunai bernilai $9,120 (RM40,298.60).
Juara
Habuan yang lebih lumayan diterima juara perseorangan lelaki dan wanita apabila mereka akan membawa pulang $18,000 (RM79,536.71) manakala tiga kategori lain dalam acara beregu pula menerima $118,960 (RM83,778.67).
Cukai
*Wang hadiah tertakluk kepada cukai ditetapkan kerajaan Jerman. Oleh itu, levi 15% dan Cukai Solidariti Jerman 5.5% berikutnya ke atas jumlah levi, akan ditolak daripada angka di bawah.