Pelantikan Thomas Tuchel sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan England yang baharu nyata membuatkan ramai pihal tidak senang duduk dan mempersoalkan keputusan tersebut.
Kehadiran Tuchel mendapat reaksi yang berbeza khususnya dari komuniti bola sepak di England dimana ada yang bersetuju dan ada yang menentang.
Baca Juga:
- Neville, Carragher Persoal Tindakan FA Lantik Thomas Tuchel Sebagai Pengurus England
- Thomas Tuchel Setuju Jadi Pengurus Baharu England
- Piala Thomas 2024: Malaysia Tewas Di Separuh Akhir
Antara yang menentang adalah pengurus Everton iaitu Sean Dyce dimana beliau mempersoalkan adakah FA England mempunyai perancangan untuk jurulatih tempatan diberikan peluang untuk mengemudi skuad kebangsaan selepas ini.
“Ramai yang lebih gemar untuk pengurus Inggeris mengisi jawatan sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan,” katanya.
Bekas penyerang skuad The Three Lions iaitu Wayne Rooney turut mempersoalkan keputusan FA England yang melantik Thomas Tuchel berbanding jurulatih tempatan.
“Saya fikir dia [Tuchel] adalah jurulatih yang sangat baik, tetapi terkejut FA telah melantik beliau sebagai pengurus baharu pasukan kebangsaan.
“Apa yang FA telah bina, saya adalah sebahagian daripadanya dan telah melihat sendiri apa yang telah mereka bina sejak 10-15 tahun lalu, ia sangat bagus.
“Ia merupakan platform yang hebat untuk jurulatih muda yang datang, jadi saya terkejut mereka tidak melantik jurulatih mereka sendiri. Tetapi mereka telah membuat keputusan dan saya mendoakan yang terbaik untuknya. Saya harap Tuchel berbuat baik untuk kita,” kata Wayne Rooney.
Bukan sahaja pengurus, malah media di Inggeris juga tidak bersetuju dengan pelantikan Tuchel dimana peminat menganggap media merupakan salah satu punca mengapa pasukan itu sentiasa gagal dalam memenangi kejuaraan antarabangsa.
Nobody wants this country to fail more than our own media. Absolute scumbags. https://t.co/1JNboGk5Fp
— COYIrons (@COYIronscom) October 16, 2024
Dua legenda yang kini bergelar pundit, Gary Neville dan Jamie Carragher menjadi antara yang terawal mengkritik pelantikan Tuchel dimana keduanya menyuarakan kebimbangan mereka kerana FA memilih jurulatih bukan dari negara tersebut.
“Bola sepak kelab adalah berbeza dan kami menyukainya, dengan pelbagai kewarganegaraan dan jurulatih di peringkat Liga Perdana atau di peringkat Liga Juara-Juara. Ia adalah campuran yang sebenar.”
“Perkara yang membezakan bola sepak antarabangsa dengan peringkat kelab adalah ia melibatkan orang dari negara anda. Saya tahu itu mungkin sedikit tidak tepat dengan pemain yang mungkin tidak dilahirkan di negara tersebut atau yang mempunyai latar belakang dari datuk nenek mereka.”
“Dan saya juga memahami bahawa ada negara tertentu yang mempunyai jurulatih asing yang akan memberi pengaruh kepada mereka, yang akan meningkatkan keseluruhan struktur bola sepak dan menyampaikan pengalaman serta kepakaran kepada semua jurulatih di seluruh sistem dan negara,” ujar Carragher.