Ketua jurulatih Vietnam, Philippe Troussier menyifatkan perlawanan kedua kumpulan D Piala Asia 2023 menentang Indonesia tidak ubah seperti final Piala Dunia.

Kedua-dua pasukan itu terdesak memburu kemenangan bagi mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan 16 selepas tewas pada perlawanan pertama.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kami anggap perlawanan ini seperti final. Final Piala Dunia, Final Piala AFF, Final Piala Asia atau Sukan SEA. Kami ada kemampuan untuk layak dan ingin menang dalam perlawanan ini,” katanya dalam sidang media.

Troussier juga mengatakan pasukannya sudah bersedia sepenuhnya beliau tidak mahu membuang kesempatan untuk meraih kemenangan ke atas Indonesia. .

“Perlawanan menentang Indonesia adalah proses menuju ke peringkat seterusnya, Untuk itu, kami memerlukan 3 mata, pertahanan yang baik dan juga ‘fair play’.

“Kami harus menghadapi semangat Indonesia dan kami sudah sedia untuk esok,” jelasnya.

FOTO: AFC

Berdasarkan rekod, Indonesia tidak pernah menang ke atas Vietnam sejak Piala AFF 2016. Dibawah kendalian Shin Tae-yong, mereka tewas dua kali dan mencatat dua keputusan seri.

Namun, Shin Tae-yong berpendapat rekod perlawanan terdahulu tidak penting kerana barisan pemain mereka kali ini sudah berbeza.

“Yang lepas biarlah lepas. Itu bukan hal penting. Kami mempunyai ramai pemain yang bagus dan saya yakin lebih baik daripada sebelum ini.

“Perlawanan ini penting kerana kedua-dua pasukan ingin menang. Kami akan bertemu lagi Vietnam di kelayakan Piala Dunia,” katanya.