Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup mengumumkan sekatan penggunaan kad kredit, debit asing bagi pembelian petrol RON 95.
Tindakan itu dibuat bagi mengatasi penyalahgunaan dan penyelewangan RON 95 oleh kereta bernombor pendaftaran asing.
Menerusi hantaran media sosial, langkah ini akan dilaksanakan secara berperingkat di stesen-stesen minyak seluruh negeri mulai 1 April 2026.
Bagaimanapun penggunaan kad kredit, debit asing hanya dibenarkan di kaunter sahaja.