Walaupun sudah terdapat beberapa aksesori menarik yang diperkenalkan oleh Touch ‘n Go, orang ramai masih menantikan kehadiran kad prabayar visa seperti yang dihebahkan sebelum ini.
Menerusi halaman FAQ TNG DIGITAL, sudah boleh dilihat panduan dan halaman persoalan berkaitan dengan produk yang dinamakan sebagai Touch ‘n Go Visa Card. Walaubagaimanapun, pautan yang tersedia di halaman tersebut masih belum boleh diakaes sepenuhnya.
Baca Juga:
- Bagaimana Tindakan Pantas Usahawan Ini Berjaya Elak Jenamanya Daripada Bankrap
- Berani ‘Pecah Tembok’ Industri Boba Di Malaysia, Ini Nasihat Pengasas Tealive Buat Anak Muda
- Duit KWSP RM700,000 ‘Licin’ Dalam Masa Tiga Tahun, Bapa Salahkan Anak Tak Bagi Duit
Touch ‘n Go Visa Card ini bakal membolehkan pengguna memautkan baki kepada dompet digital lalu boleh dibelanjakan di kedai-kedai yang menerima kad Visa.
Selain itu, pengguna turut boleh mengeluarkan duit menerusi ATM di mana menyokong pengeluaran wang visa sebanyak lima kali sehari. Bagaimanpun, difahamkan kad ini tidak menyokong pembayaran secara sentuhan.
Hal ini kerana kekangan cip NFC yang terhad pada hanya satu pada sesuatu kad sekaligus membuatkan ia tidak boleh menyertakan sokongan PayWave dan juga TNG dalam satu kad yang sama.