KFC sudah tidak asing lagi dikalangan rakyat Malaysia. Iklan ayam goreng original dan spicynya yang sering terpapar di kaca TV buatkan kita rasa nak je serbu KFC time tu juga kan?
Kini, KFC tampil lagi dengan menu baru mereka iaitu Wasabi Rice Wrap yang menyelerakan. Untuk mendapatkan kepastian macam mana rasa dan rupanya, kami telah singgah ke cawangan KFC terdekat.
Senang je nak tengok menu di KFC ni kerana dah terpampang di kaunter. Pastikan anda dah tau nak makan apa masa beratur buat pesanan ye, cepat sikit urusan di kaunter nanti macam dalam tips ini.
”Makan sini atau bawak balik?“
Ini memang skrip klise kita dengar kalau pergi KFC kan? Kami datang memang nak review menu terbaru mereka jadi kami makan kat situ je. Layanan kaunternya boleh kata OK lah sebab skrip kat KFC mana-mana sama sahaja, cuma kalau ditambah dengan senyuman manis dari pelayan macam ini lagi inviting rasanya.
Kami order satu set Wasabi Rice Wrap, satu Value Treats Sambal Rice Bowl dan satu set Super Jimat Box. Tunggu tak lama pun, terus dia sediakan semua order atas dulang.
BACA: My Story Cafe Untuk Penduduk Shah Alam Yang Mencari Kelainan
Atas ni adalah rupa iklan poster Wasabi Rice Wrap yang baru tu. Di dalam balutan roti pita itu diisi dengan dua kepingan ayam goreng, nasi putih yang bercampur dengan rumpai laut, timun Jepun dan hirisan tomato serta item paling penting dalam resipi ini tentulah dressing wasabi mayo yang nampak menyelerakan.
Kalau anda ambil set, dapat kentang goreng dan minuman 7Up Lemon Mint sekali.
Dalam iklan dia sediakan bekas bento tempat letak Wasabi Rice Wrap dan kentang sekali. Realitinya seperti gambar di bawah.
Wasabi Rice Wrap dimasukkan dalam bekas khas KFC Wrap, kentang goreng pula diletakkan dalam bekas kentang goreng yang biasa kita lihat. Anda anggap je dulang yang ada tu macam bekas bento ye. Rasa kentang sedap seperti biasa, rangup diluar lembut di dalam, bertambah sedap kalau cicah dengan sos.
Agak besar juga Wasabi Wrap ni. Penuh satu genggaman tangan kami. Cara nak bukanya mudah, anda hanya perlu koyakkan bahagian tengah bungkusan ini dan akan dapat lihat rupanya seperti gambar di bawah.
Nampak tak tu, besar kan? Kami ngap sekali untuk melihat isi dalamnya.
Macam nilah dalamnya, ada dua keping ayam goreng yang besar dan keliling tu penuh dengan nasi. Kalau dalam gambar nampak wasabi tu warna hijau, tapi rupanya seperi mayonis putih biasa sahaja.
Kami teruskan dengan suapan kedua dan seterusnya. Rasanya memang enak dan berlemak. Pada awalnya kami sangkakan rasa wasabi tidak begitu ketara, setelah beberapa kunyahan, rasa wasabi mula terasa naik ke hidung kami. Mungkin tak seperti rasa wasabi di dalam sushi, tapi kira ok lah untuk resepi begini. KFC memang tidak akan mengecewakan peminatnya dari segi rasa.
Menu seterusnya kami cuba Value Treat Sambal Rice Bowl. Macam gambar bawah ni, nasi dan ayam goreng sampai tersembul keluar.
Apa yang kami dapat lepas buat pesanan ni ialah satu mangkuk dengan penutup. Kalau dah ada penutup maknanya memang takkan tersembullah kan?
Rupa lepas kami bukanya macam gambar bawah ni.
Tu dia, nasi separuh bekas je tapi penuh dengan ayam potong di atasnya. Bawah ayam goreng kita dapat lihat sambal yang menutupi timbunan nasi di bawahnya. Kami gaul semua ayam, sambal dan nasi sampai rata kemudian cuba satu suapan.
Memang terbaik. Ya, walaupun hanya dengan nasi, ayam goreng dan sambal, namun rasanya sangat enak. Yang bestnya ayam ni tanpa tulang. Kami memang rekemen anda makan menu ini. Sambalnya pekat dan sedap. Habis satu mangkuk nasi ni kami makan. Nasib baik mereka tak sediakan nasi tu sampai tersembul keluar, kalau tak memang tak habis rasanya.
BACA: Fuud & Co, Ayer Keroh, Melaka Sediakan Makanan Laut Dan Barat Di Bawah Satu Bumbung
Super Jimat Box pula macam gambar bawah ni.
Dalam set ini disediakan burger Lil’ Zinger, ayam goreng, kentang goreng beserta air Pepsi tapi kami tukar dengan Lipton Ice Lemon Tea. Realitinya seperti bawah ni.
Burger Lil’ Zinger dibalut dengan kertas. Memang nak timbulkan rasa suspens kepada kami rupanya. Bila buka macam gambar kat bawah ni.
Saiznya memang telah dijangka agak kecil, cuma ketebalannya kurang menepati sangkaan kami.
Terdapat dua kepingan ayam diselitkan di antara lapisan roti, beberapa hirisan bawang dan salad serta sedikit mayonis diratakan di atas kepingan ayam tersebut. Tanpa rasa prejudis, kami cuba menu ini.
Dari segi rasa memang tidak mengecewakan langsung. Memang sedap kepingan ayam bersama roti ini. Sebabkan saiznya yang kecil, cepat sahaja kami selesaikan burger ini.
Ini pula saiz ayam goreng spicy yang kami dapat daripada set ini. Mungkin bergantung kepada branch yang anda pergi. Ada kala boleh dapat saiz yang besar, ada kala boleh dapat saiz seperti dalam gambar kami ini. Namun rasanya memang sangat melambangkan kesedapan ayam goreng KFC yang sering digembar-gemburkan dari dulu sehingga kini.
Minumannya sangat menyegarkan apabila menikmati hidangan KFC ini. Air 7Up Lemon Mint ni baru pertama kali kami cuba, rasanya sama seperti 7Up biasa cuma terdapat rasa sedikit rasa masam lemon. Minuman satu lagi pula Lipton Ice Lemon Tea, rasanya memang sangat masam namun sedap.
Selesai sudah kami menjamu selera di KFC. Rasanya memang seperti KFClah, sentiasa sedap hingga menjilat jari. Dengan tambahan menu-menu baru memang ramai yang akan tertarik untuk mencubanya nanti. Cepat singgah ke KFC terdekat anda sebelum promosi menu baru ni habis ya.
BACA: Nyonya Valley, Restoran Peranakan Yang Mungkin Orang Luar Cyberjaya Tidak Pernah Tahu
BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia