Teka-teki mengenai hubungan Raf Yaakob dan Mawar Rashid akhirnya terjawab pada hari ini apabila Raf Yaakob menerusi Instagram Stories mendedahkan segalanya menerusi kenyataan yang dibuat.

Berdasarkan perkongsian, Raf Yaakob mengakui beliau dan Mawar Rashid bersetuju untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman. Walau bagaimanapun, mereka memilih untuk berpisah secara baik-baik sahaja. Fokus utama mereka masih lagi terhadap keperluan anak-anak.

Raf Yaakob menerusi perkongsian turut mengumumkan kenyataan yang dibuat kekal sebagai satu-satunya perkongsian terhadap perhubungan mereka dan berharap orang ramai dapat menghormatinya.

Mereka akui keputusan yang dibuat nyata memberi kesan kepada mereka namun keputusan yang terbaik terpaksa dilakukan demi kebaikan.

Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid melangsungkan pernikahan dengan Raf pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.