Mawar Rashid sudah sedia untuk kembali berlakon setelah isu melibatkan rumah tangannya baru sahaja selesai.

Dia mengumumkan perkara itu menerusi Instagram Story miliknya. Ini pastinya berita baik buat peminat setia beliau yang pastinya tertunggu tunggu naskah terbaru beliau.

Bukan setakat kembali berlakon, Mawar Rashid turut mengumumkan projek nyanyian amal untuk membantu memperkasakan wanita.

Sambil menunjukkan satu gambar di mana dia turut masuk ke studio untuk rakaman suara. Dia menyanyi untuk tujuan amal, berdasarkan kapsyen yang diberikan.

“Rakaman untuk amal lagu ‘pemerkasaan wanita’,” tulis beliau.

Mawar Rashid bukanlah nama asing dalam dunia seni lakonan tanah air.

Di mana Mawar Rashid pernah memenangi Anugerah Pelakon Filem Wanita Popular dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2020.

Oleh itu dia juga gembira memberitahu bahawa dia akan kembali berlakon pada tahun hadapan.

Mawar menitipkan sekali gambar dia pergi sesi ujibakat.

Beberapa minggu lalu, Mawar Rashid dan bekas suaminya Raf Yaakob mengumumkan bahawa mereka mencapai persetujuan untuk berpisah atas dasar tiada persefahaman.

Dan mereka menegaskan bahawa perpisahan antara mereka dilakukan dengan baik baik kerana keutamaan mereka masih lagi kepada usaha membesarkan anak anak mereka.

Mawar atau nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid melangsungkan pernikahan dengan Raf pada 9 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta kini berusia dua tahun dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.