Filem animasi tempatan メカアマト (Mecha Amato) kini sedang mendapat tempat di hati peminat di Jepun. Filem yang pada asalnya dikeluarkan dalam bahasa Melayu, kini dialih suara kepada bahasa Jepun dengan barisan pelakon yang terkenal.

Karya anak tempatan ini difahamkan bakal menghiasi lebih 30 pawagam di Jepun, menandakan peristiwa penting bagi animasi Malaysia di pentas antarabangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Mechamato, yang pada mulanya ditayangkan di Malaysia pada tahun 2022, mengumpul hasil box office sebanyak RM36 juta. Kejayaannya terus melonjak, kini berjaya menawan penonton Jepun dengan jalan cerita yang menyentuh hati dan watak yang menarik.

Sambutan positif di Jepun telah terbukti, dengan penonton filem tersebut yang datang dari kalangan anak kecil memuji animasi tempatan tersebut sehingga ada yang mengalirkan air mata. Manakala sebahagian lagi pula menyatakan bahawa pengalaman menonton Mechamato adalah mengagumkan.

@boboiboy

Mechamato Movie (Dubbing Bahasa Jepun) bakal ditayangkan di MALAYSIA mulai 25 January ini! 🇯🇵🇲🇾 #Mechamato #MechamatoMovie #メカアマト #メカアマトムービー

♬ original sound – MONSTA – MONSTA

Malah ada seorang anak kecil yang berkongsi keterujaan mereka setelah selepas menonton dengan menyatakan bahawa beliau mahu mencari kuih karipap kerana kuih buatan Malaysia itu sering disebut-sebut di dalam filem terbabit.

Mechamato versi Jepun menampilkan barisan pelakon suara yang berpengalaman dan terkenal, ini termasuk Kenjiro Tsuda yang terkenal dengan wataknya sebagai Kento Nanami dalam Jujutsu Kaisen dan Yoshitsugu Matsuoka yang terkenal dengan hasil kerjanya dalam Inosuke Hashibira dalam Demon Slayer.

Kejayaan ini adalah hasil kerjasama antara studio animasi Malaysia Monsta, Astro Shaw, dan AEON Entertainment Japan. Mechamato kini sedang ditayangkan di lebih 30 pawagam di Jepun dan menjadi bukti kepada pertumbuhan dan potensi industri animasi Malaysia.