Niat sekeluarga mahu menginap di rumah homestay dengan tenang menjadi mimpi ngeri apabila didakwa ada individu yang mengintai ketika salah seorang ahli keluarga berada di dalam tandas baru-baru ini.

Menerusi hantaran TikTok yang tular, individu yang dikenali sebagai Faten Wahida berkongsi, yang pada awalnya mereka tidak menghadapi sebarang masalah ketika tiba ke rumah inap selepas lebih 17 jam tersangkut di dalam kesesakan lalu lintas.

Kantoi Letak Kamera Telefon Pada Tingkap Tandas, Wanita Dakwa Diintai Pemilik Homestay Di Kelantan
Sumber Gambar: TikTok

Faten mendedahkan dia sangat gembira dengan pemilihan lokasi homestay tersebut kerana sangat cantik termasuklah ruangan dalaman yang juga selesa.

Kantoi Letak Kamera Telefon Pada Tingkap Tandas, Wanita Dakwa Diintai Pemilik Homestay Di Kelantan
Sumber Gambar: TikTok

Nak dijadikan ceritanya pada waktu malam ketika ahli keluarga yang lain keluar pergi mencari barang di Wakaf Che Yeh, Faten yang ketika itu mahu membersihkan dirinya secara tiba-tiba menyedari sesuatu yang mencurigakan di tingkap tandas rumah itu.

Kantoi Letak Kamera Telefon Pada Tingkap Tandas, Wanita Dakwa Diintai Pemilik Homestay Di Kelantan
Sumber Gambar: TikTok

Dakwanya, dia melihat objek berupa kamera telefon bimbit di tingkap tandas tersebut yang mana ada seseorang sedang mengambil gambarnya dalam keadaan tidak ‘sopan’.

Kantoi Letak Kamera Telefon Pada Tingkap Tandas, Wanita Dakwa Diintai Pemilik Homestay Di Kelantan
Sumber Gambar: TikTok

Dia lalu menjerit memanggil ibunya yan ada di rumah pada ketika itu dan menelefon abangnya bagi memaklumkan mengenai insiden berkenaan.

“Abang aku pula telefon pemilik rumah tu cakap ada orang mengintai aku kat tandas.

“Iyalah, pemilik rumah tu berada di sebelah homestay kami inap sahaja,”kongsinya.

Selepas mengadu, pemilih homestay itu berlakon terkejut dan memaklumkan perkara sebegitu tidak pernah berlaku selama ini.

Kantoi Letak Kamera Telefon Pada Tingkap Tandas, Wanita Dakwa Diintai Pemilik Homestay Di Kelantan
Sumber Gambar: TikTok

Namun tidak berpuas hati dengan responsnya, abang kepada Faten lantas bertindak memeriksa telefon bimbit pemilik rumah berkenaan dan mendapati rekaan kamera belakang peranti sama dengan apa yang dilihat oleh mangsa.

Dalam pada itu, dia menjelaskan mereka tiada niat untuk menjatuhkan perniagaan seseorang, namun pendedahan ini dibuat atas dasar kasihan pada mangsa-mangsa sebelum ini dan pelanggan akan datang.

“Dia masih tak mengaku tahu waktu ini.

“Mak aku cakap, ‘demi Allah awak tak buat?’ Dia tukar topik lain. Asyik ulang bisnes dia sahaja.

“Aku ni bukan nak tutup periuk nasi dia, aku tahu dia pun cari rezeki melalui rumah itu. Tapi janganlah sampai tangkap gambar orang di tandas,”luahnya.

Kantoi Letak Kamera Telefon Pada Tingkap Tandas, Wanita Dakwa Diintai Pemilik Homestay Di Kelantan
Sumber Gambar: TikTok

Tidak cukup sekadar itu, wanita itu juga mendakwa pemilik homestay tersebut merupakan seorang yang ‘psiko’ kerana menelefon abangnya berulang kali dan memberitahu tidak boleh tidur selepas insiden tersebut.

Kantoi Letak Kamera Telefon Pada Tingkap Tandas, Wanita Dakwa Diintai Pemilik Homestay Di Kelantan
Sumber Gambar: TikTok

Oleh itu, dia mengingatkan orang ramai untuk lebih berhati-hati dalam pemilihan lokasi homestay kerana tidak mahu perkara yang sama berlaku kepada mereka.

Menjengah ke ruangan, netizen berterima kasih dengan Faten kerana berani mendedahkan perbuatan terkutuk pemilik homestay tersebut.

Kantoi Letak Kamera Telefon Pada Tingkap Tandas, Wanita Dakwa Diintai Pemilik Homestay Di Kelantan
Sumber Gambar: TikTok
Kantoi Letak Kamera Telefon Pada Tingkap Tandas, Wanita Dakwa Diintai Pemilik Homestay Di Kelantan
Sumber Gambar: TikTok

Oleh sebab perkongsian itu juga, orang ramai turut mendakwa mereka sangat terkesan dengan nasihat yang diberikan dan akan lebih berwaspada dalam pemilihan homestay apabila bercuti walau di mana jua.