Malaysia sememangnya terkenal sebagai negara di mana rakyat murah hati dan berbudi bahasa. Hal ini walau bagaimanapun membuatkan segelintir individu mengambil peluang untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah seperti meminta sedekah.

Terbaharu, situasi yang sama turut berulang melibatkan pasangan warga asing yang dipercayai dari negara Timur Tengah. Difahamkan pasangan ini sengaja mengambil peluang meminta sedekah dan segera lari apabila diketahui dirakam.

@raja_ipan

#fyp

♬ original sound – 𝐈𝐩𝐚𝐧 𝔽𝕦𝕟𝕜𝕪 🧛 ✰ – 𝐈𝐩𝐚𝐧 𝔽𝕦𝕟𝕜𝕪 🧛 ✰

Lebih mengejutkan, situasi yang dikatakan berlaku berhampiran Suria KLCC ini turut menyaksikan wanita warga asing ini menunjukkan jari tengah tanda bengang apabila dirakam.

Perkongsian @raja_ipan menerusi TikTok ini secara tidak langsung membuatkan para netizen turut berang melihatkan tindakan pasangan ini yang seolah tidak menghormati rakyat tempatan.

Sumber: TikTok Raja_Ipan
Sumber: TikTok Raja_Ipan

Menurut para netizen, modus operandi yang sama turut dilakukan di beberapa kawasan di Melaka dan juga Johor. Diharapkan pihak berkuasa dapat segera mengambil tindakan agar modus operandi melibatkan warga asing ini tidak terus menular dalam negara.