Kedah Darul Aman FC menuai kritikan netizen terutama sekali daripada peminat mereka sendiri. Ini gara gara tindakan kelab itu yang menggunakan influecer lelaki berperwatakan perempuan dalam kempen mereka.
Ianya kempen yang baik dicetuskan oleh KDA FC. Ini kerana KDA mahu menarik lebih banyak penyokong wanita hadir ke stadium dan menawarkan tiket percuma.

Namun begitu tindakan mereka menggunakan influencer lelaki yang berpewatakan wanita itu dianggap satu penghinaan kepada wanita di Kedah.
Kenapa tidak menggunakan influencer wanita atau mana mana penyokong wanita yang sesuai dengan kempen tersebut. Masih ramai lagi wanita yang merupakan peminat bola sepak di Kedah.
Peminat Kedah kecewa dengan influencer tersebut yang dianggap telah memalukan nama Kedah di mata masyarakat yang lain.
Ada juga yang mengecam pengurusan KDA FC yang dianggap melakukan kesilapan bodoh dengan membenarkan perkara ini berlaku. Dan meminta pegawai media dipecat kerana kerjasama seperti ini.
Peminat yang lain turut mempersoalkan sama ada KDA kini sudah menyokong golongan songsang seperti mana polis kelab kelab di Eropah.
@iamdannyevan Todia !!! hahahaa Pkat Mai stadium Darul Aman malam ni qamai2 noh !!! Yg pomouan2 masuk free malam ni…Kedah Vs KUL !! Jumpa malam ni !! ahhahaha
♬ original sound – Danny Evans Official – Danny Evans Official
Namun begitu menurut tinjauan kami, masih ramai juga peminat setia influencer tersebut yang menyokongnya dan terhibur dengan gelagatnya.
KDA FC akan berdepan Kuala Lumpur City hari ini dalam aksi Piala Malaysia.