Kedah Darul Aman FC (KDA FC) akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi untuk menjawab pelbagai persoalan peminat mengenai status semasa kelab dan hala tuju untuk musim 2024/25.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif KDA FC, Shahrul Samsudin berkata, kelab itu telah diberi tempoh sehingga 5 Mac 2024 untuk menyelesaikan tunggakan gaji sebelum Mesyuarat Lembaga Pengarah (BOD) MFL bersidang pada 6 Mac 2024.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Bagaimanapun, mereka berdepan kesukaran untuk menyelesaikan tunggakan gaji lebih awal kerana perlu tunggu pembiayaan dana pada bulan April nanti.

“Pengurusan KDA FC yang diketuai Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar telah mendapat kelulusan pembiayaan dana dari institusi tertentu untuk tujuan penyelesaian tunggakan tersebut.

“Namun, dana tersebut hanya akan ditunaikan seawal bulan April.

“Rentetan dari kekangan untuk memenuhi keperluan sebelum tarikh akhir penyelesaian yang diputuskan oleh Pelesenan Kelab MFL First Instance Body (FIB), KDA FC sedang bertungkus lumus mendapatkan dana pendahuluan bagi tujuan pembayaran segera kepada semua pemain dan pegawai semua pasukan KDA FC yang bertanding dalam Liga Malaysia, serta staf pentadbiran kelab,” katanya.

Namun begitu, pihak pengurusan KDA FC tetap fokus dalam melakukan segala persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia untuk musim 2024/25.

“Proses persiapan kini sudah mencapai tahap 85 peratus namun segala langkah yang diatur bergantung kepada keutamaan penyelesaian tunggakan kewangan tahun 2023. Justeru, pengumuman berkenaan pasukan serta penajaan hanya akan dilakukan selepas isu utama diselesaikan.

“Lembaga Pengarah berasa amat terharu dengan komitmen yang telah diberikan oleh semua individu yang terlibat dengan isu kewangan ini kerana terus komited, masih setia bersama KDA FC.

“Pasukan Liga Super KDA FC juga merancang untuk memulakan latihan bagi pramusim 2024-2025 pada minggu hadapan,” katanya.