Isu tujuh pemain Harimau Malaya yang dikenakan tindakan oleh FIFA terus jadi perhatian, namun Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Di mana KDN menegaskan proses pemberian kewarganegaraan di Malaysia tetap dijalankan dengan penuh ketelitian.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, menjelaskan setiap permohonan status kewarganegaraan yang diterima KDN melalui prosedur yang ketat mengikut undang-undang.
“Proses pemberian (status) warganegara ini satu proses yang sangat teliti. Kesemua dokumen dikemukakan perlu verifikasi… kita ambil biometrik, temubual, sebab itu ambil masa begitu lama,” katanya – seperti dilaporkan BH Online.
Beliau menegaskan, pemberian kewarganegaraan secara naturalisasi adalah di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan, melibatkan pemohon yang mempunyai salasilah, keturunan atau pasangan dari negara ini.
“Sejumlah pemain (Harimau Malaya) yang mendapat status kewarganegaraan dan sudah tentulah itu di bawah KDN.
“Kita (sudah) melakukan proses mengikut peraturan tertib dan peruntukan undang-undang,” tambah beliau lagi.
Semalam, FIFA melalui Jawatankuasa Tatatertibnya mengumumkan FAM dan tujuh pemain kebangsaan dikenakan tindakan selepas didapati melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) berkaitan pemalsuan dokumen.
Menurut kenyataan FIFA, FAM menyerahkan dokumen yang dipalsukan dalam urusan pengesahan kelayakan pemain untuk diturunkan dalam aksi rasmi.
Namun bagi Saifuddin, perkara tersebut di bawah bidang kuasa FIFA dengan FAM.
“Jadi itu (pemberian status kewarganegaraan) adalah di bahagian kami.
“Soal FIFA mengambil keputusan tersebut, itu adalah urusan FIFA dengan FAM. Cuma urusan (status) warganegara, kita lakukan semakan,” kata Saifuddin, kepada sumber yang sama.
ISU KEWARGANEGARAAN – Keputusan FIFA ke atas FAM
Saya ingin menegaskan bahawa setiap keputusan pemberian kewarganegaraan dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang di bawah Perkara 19 (1), Perlembagaan Persekutuan.
✅ Proses naturalisasi sangat teliti dan berlapis — dokumen… pic.twitter.com/wMIwFoLl3p
— Saifuddin Nasution Ismail (@saifnasution) September 27, 2025