Keadaan terkini pemain sayap Selangor, Faisal Halim dilaporkan semakin membaik dimana beliau sudah boleh berjalan dan lebih ceria berbanding sebelum ini sejak disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada Ahad lalu.
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC iaitu Datuk Seri Shahril Mokhtar berkongsi keadaan terkini selepas beliau menjalani pembedahan ketiga bagi merawat luka bakar yang dialami.
Baca Juga:
- Faisal Halim Bakal Jalani Pembedahan Kali Ketiga
- ‘Semoga Pelaku Menerima Hidayah’ – Ayah Faisal
- PSSI Turut Prihatin Dengan Insiden Menimpa Faisal Halim
Miki special! Datuk Seri Shahril Mokhtar, Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC sahkan Faisal Halim dah boleh berjalan. 🤲@ASTROARENA pic.twitter.com/BmNhga9kOS
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) May 10, 2024
“Dia pun dah boleh pergi bilik air dengan sendiri dan bagi saya, ini sememangnya satu perkembangan yang positif untuk hari ini.
“Cuma apabila dia dah mula nak berjalan dan betul-betul bersemangat, itu sangat membanggakan. Mickey sentiasa jadi Mickey cuma pergerakannya agak terbatas dengan balutan di badannya,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Dalam masa yang sama, Datuk Shahril menggesa agar semua pihak memberikan ruang dan masa kepada Faisal Halim untuk menjalani proses pemulihan dan meminta agar tidak melawat ke hospital dalam jangka masa tiga ke empat hari bermula hari ini.
Pembedahan ketiga yang dijalani Faisal membabitkan prosedur ‘skin allograft’ yang berlangsung selama kira-kira tiga jam.
Menurut Ketua Perubatan Sukan Selangor, Dr Muhammad Hazwan Khair, proses ini secara asasnya rawatan ini menggunakan kaedah kulit diperoleh dari penderma akan digunakan sebagai penutup sementara untuk menutup luka melecur sekiranya pesakit tidak memiliki kulit yang cukup.
Rawatan ini akan memakan kos sekitar RM30,000 dan langkah ini dianggap sebagai langkah terbaik bagi membantu proses pemulihan Faisal.