Bekas bintang Arsenal, Lukas Podolski kini menikmati durian runtuh setiap bulan hasil daripada perniagaan kebabnya selepas bersara.
Agak ironi kerana ketika dia melancarkan kedai kebab pertamanya, ada segelintir pihak menjadikannya bahan jenaka.
Ternyata Lukas Podolski kini menjadi saudagar kebab yang berjaya. Dengan nama dan pengaruhnya yang ada dan juga populasi masyarakat berdarah Turki di Jerman, perniagannya sangat maju.
Kedai pertamanya dibukan di Cologne, bandar tempat dia tinggal di Jerman.
Former Arsenal and Germany forward Lukas Podolski has opened a kebab house in his hometown Cologne ๐ฏ pic.twitter.com/KAXQZNsxHc
— B/R Football (@brfootball) January 9, 2018
Podolski pernah mendedahkan bahawa, pengalamannya ketika bermain di Turki antara punca dia terjun ke dalam dunia perniagaan kebab.
Ini kerana dia sangat meminati kebab dan pada masa yang sama, yakin perniagaan itu akan mendapat sambutan di Jerman.
Pada hari ini dia sudah memiliki nilai kekayaan mencecah USD239 juta atau RM960,000 juta.
Former Bayern Munich and Arsenal man Lukas Podolski now owns 30 kebab restaurants in Germany ๐ฎ
The kebab shops, as well as various other businesses, have helped raise his net worth to a reported ยฃ177.5m ๐ฐ
The main inspiration was from his experience in Istanbul withโฆ pic.twitter.com/237iirwW9W
— ๐๐๐ฌ๐ฎ๐๐ฅ ๐๐ฅ๐ญ๐ซ๐ ๐๐๐๐ข๐๐ข๐๐ฅ (@thecasualultra) May 28, 2024
Itu telah menjadikannya taikun dalam empayar perniagaan kebab di Jerman.
Pada hari ini, Lukas Podolski memikiki banyak cawangan kedai dan ais krim di Jerman yang sudah mencecah kira kira 30 cawangan.

Dia turut memiliki festival muzik sendiri, kompleks sukan, serta menganjurkan kejohanan bola sepak yang menampilkan influencer, legenda dan bekas pemain serta penyokong bertuah.
Lukas Podolski kini kerap menjadi contoh dan tauladan oleh pemain bola sepak lain cara menguruskan kewangan yang betul dan bersama dengan orang yang betul akan membantu mereka dalam pelaburan dan menjana pendapatan selepas bersara.
Podolski pernah menasihati pemain pemain bola sepak agar tidak terlalu obses dengan membeli kereta mewah dan melabur di tempat yang salah.
Kerana itu boleh memakan diri dan boleh menyebabkan pemain hilang wang mereka, malah ada yang muflis.