Bekas penyerang Bayern Munich dan Arsenal, Lukas Podolski nampaknya masih belum bersedia untuk menggantung butnya.

Pemain berusia 40 tahun itu memberikan bayangan bahawa beliau mungkin akan menyambung kariernya di Górnik Zabrze pada musim hadapan sekiranya kelab Poland itu terus mengekalkan prestasi cemerlang mereka.

Baca Juga:

Satu keadaan yang sekali lagi membuktikan bahawa cintanya terhadap bola sepak masih lagi membara.

Kontrak Podolski yang mula menyertai Górnik Zabrze sejak 2021 akan tamat pada Jun 2026 dan beliau kelihatan masih belum mahu berhenti.

Lukas Podolski Masih Belum Mahu Berhenti

“Pada dasarnya, ya, musim ini sepatutnya menjadi musim terakhir saya [untuk bersara],” ujar Podolski menurut sumber laporan Goal.

“Tapi jika kami berjaya mencipta kejutan besar dalam mencipta kejutan, mungkin saya mahu turut serta sekali lagi.”

“Saya masih mencintai permainan ini, dan saya juga mendapat kepuasan besar membantu pemain muda dalam pasukan dengan pengalaman saya.”

“Tapi saya bukan lagi 30 tahun, jadi mula rasa sedikit sengal dan sakit-sakit di sana sini,” tambah beliau lagi.

Lukas Podolski lebih daripada sekadar pemain di Górnik Zabrze. Beliau turut diangkat sebagai wira tempatan di Upper Silesia.

Selain itu, beliau turut memegang peranan sebagai mentor, duta dan pemimpin untuk pasukan Ekstraklasa tersebut yang kini berada di tangga teratas liga Poland selepas 15 perlawanan.

Walaupun hanya beraksi dalam lapan perlawanan musim ini, pengaruhnya di luar padang tetap sangat besar buat kelab tersebut.

 

 

Sumber