Perdana Menteri Baharu Britain yang kaya raya, Rishi Sunak dan keluarganya telah memilih pangsapuri 10 Downing Street sebagai kediaman rasmi walaupun mempunyai rangkaian hartanah mewah di London.
Bersama-sama pasangannya, mereka dikatakan mempunyai nilai kekayaan bersih £730 juta (RM3.98 bilion). Isterinya, Akshata Murty memiliki kepentingan yang besar dalam syarikat perisian Infosys milik bapanya.
Baca Juga:
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- Beringat Sebelum Rugi, ‘Financial Planner’ Ini Kongsi Cara Mudah Merancang Kewangan
- Ini Sebab Golongan Muda Semakin Sukar Menabung Untuk Masa Depan
Sunak dilaporkan mempunyai hartanah mewah di California, apartmen mewah di daerah Kensington yang eksklusif serta sebuah rumah agam di kawasan pilihan rayanya di Yorkshire, England.
“Mereka akan berpindah ke flat nombor 10,” kata jurucakap itu, sambil menambah bahawa dia tidak tahu sama ada mereka mempunyai rancangan untuk menghias semula.
#WATCH | #RishiSunak appointed new British PM by King Charles III, arrives at 10 Downing Street
(Video source: Reuters) pic.twitter.com/WdzRI21emi
— The Times Of India (@timesofindia) October 25, 2022
Boris Johnson sebelum ini, menerima kritikan kerana membaik pulih pangsapuri yang didiaminya dipercayai menelan belanja lebih £200,000 (RM1.1 juta). Kontroversi mengenai cara ia dibiayai menyebabkan Johnson menerima kritikan hebat.
Walaupun pangsapuri nombor 10 di Downing Street berada di lokasi utama, ia agak kecil. Perpindahan Sunak ke rumah ini akan menandakan kembalinya pangsapuri itu sebagai rumah London perdana menteri Britain.
Secara tradisinya, pemimpin Britain akan tinggal di kediaman atas nombor 10 Downing Street. Bangunan utama adalah kediaman rasmi dan pejabat perdana menteri negara.
Perdana menteri Britain telah berpangkalan di 10 Downing Street sejak 1735 dengan sebelum ini ia didiami Benjamin Disraeli, William Gladstone, Winston Churchill dan Margaret Thatcher.