Bahang pengumuman mengejut Putera Harry dan Meghan Markle yang menyuarakan isi hati mahu keluar dari keluarga diraja masih belum reda dan terbaharu, Burger King menawarkan kerja untuk kedua pasangan ini.
8 Jan lalu, pasangan ini mengejutkan dunia dengan merujuk keputusan ini adalah bagi ‘membebaskan mereka dari segi kewangan’.
Fox News melaporkan bahawa Meghan telah menandatangani perjanjian dengan Disney untuk peranan suara.
Manakala Putera Harry dilaporkan turut mendapat tawaran pekerjaan dari sebuah syarikat makanan segera Burger King. Mereka menawarkan pekerjaan tersebut pada 9 Januari lalu.
You can still eat like a king with us Harry. https://t.co/ih32GlpcAa
— Burger King (@BurgerKingUK) January 8, 2020
Laporan lain menyebut, Burger King Argentina turut menawarkan kerja kepada Putera Harry tetapi dengan cara yang lain.
Menurut Business Insider, Burger King mahu membayar Harry sebanyak RM32 dalam masa satu jam.
Ini bukan kali pertama Burger King mengambil perhatian dunia. Sebelum ini pada Disember 2018, rantaian makanan segera melancarkan “The Whopper Detour”, sebuah kempen menentang saingannya, McDonalds.
Pelanggan boleh mendapatkan Whopper untuk hanya satu sen A.S. jika mereka masuk ke restoran McDonalds sambil menggunakan aplikasi Burger King.
Aplikasi ini akan mengesan lokasi pelanggan dan segera membuka kod promosi.
Sebaik sahaja pelanggan membuat pesanan itu, mereka akan diarahkan ke restoran Burger King terdekat untuk mengambil tempahan mereka.
Terdahulu, Putera Harry dan Meghan Markle mengumumkan mahu keluar dari keluarga diraja. Anda boleh klik pautan di bawah untuk membaca kenyataan penuh.
Putera Harry Dan Meghan Markle ‘Putuskan’ Hubungan Keluarga Diraja, Mahu Hidup Seperti Rakyat Biasa