Berakhirnya dua perlawanan AFC Champions League (ACL) Elite 2025/26 menyaksikan pasukan dari Jepun dan Korea mengungguli lima kedudukan terbaik bagi zon timur.

Zon barat pula memperlihatkan penguasaan pasukan dari Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Baca Juga:

Dengan 24 pasukan yang bersaing dimana 12 daripadanya dipecahkan kepada dua kumpulan mengikut zon berbeza, terdapat dua pasukan mencatatkan rekod kemenangan bersih.

Kelab yang dimaksudkan ialah Vissel Kobe dan Al-Hilal yang masih mengekalkan rekod cemerlang dengan dua kemenangan dicatatkan.

Vissel Kobe bermula dengan baik apabila menundukkan Shanghai Port 3-0 manakala aksi kedua pula menewaskan wakil Australia, Melbourne City 1-0.

Manakala Al-Hilal pula mengenepikan cabaran Al Duhail 2-1 dan kemudiannya FC Nasaf dari Uzbekistan dengan keputusan 3-2.

Berikut merupakan kedudukan terkini saingan ACL Elite 2025/26 bagi kedua-dua zon selepas mengharungi dua perlawanan:

Kumpulan A ACL Elite 2025/26 – Zon Timur

1) Vissel Kobe – 6 mata

2) FC Seoul – 4 mata

3) Sanfreece Hiroshima – 4 mata

4) Ulsan Hyundai – 4 mata

5) Gangwon – 3 mata

6) Chengdu Rongcheng – 3 mata

7) Buriram United – 3 mata

8) Machida Zelvia – 2 mata

9) Shanghai Shenhua – 1 mata

10) Johor Darul Ta’zim (JDT) – 1 mata

11) Shanghai Port – 1 mata

12) Melbourne City – 0 mata

Kumpulan B ACL Elite 2025/26 – Zon Barat

1) Al-Hilal – 6 mata

2) Al-Ahli Saudi – 4 mata

3) Sharjah – 4 mata

4) Al Wahda – 4 mata

5) Shabab Al-Ahli – 4 mata

6) Al-Gharafa – 3 mata

7) Al Sadd – 2 mata

8) Tractor S.C – 2 mata

9) Al-Duhail – 1 mata

10) Al-Shorta – 1 mata

11) Al-Ittihad – 0 mata

12) FC Nasaf – 0 mata