Acara tahunan anjuran PMB United kembali lagi! Kejohanan Bowling Inter-Unit Amanah ke-23 yang berlangsung di Wangsa Bowl, Wangsa Walk pada 15 November 2025 berjaya menghimpunkan komuniti industri unit amanah, pengurusan aset, dan pengamal media dalam satu acara penuh yang sangat meriah.
Tahun ini menyaksikan penyertaan 31 pasukan melibatkan 124 peserta, termasuk 6 pasukan media yang turut memeriahkan gelanggang.
Lebih Dari Sekadar Sukan, Fokus Kukuhkan Jalinan Industri
Majlis perasmian disempurnakan oleh En. Mohd Adzhar Abdul Hamed, Ketua Pegawai Operasi Pelaburan MARA Berhad, dengan kehadiran pengurusan tertinggi PMB United dan Pelaburan MARA Berhad.
Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa kejohanan ini bukan sahaja tentang meraih mata tertinggi, tetapi menjadi medium penting untuk mengeratkan hubungan dalam industri.
“Kejohanan ini mencerminkan komitmen kita membina hubungan bermakna, menggalakkan keseimbangan hidup dan kerja, sambil mengukuhkan komuniti profesional yang bersatu padu,” jelasnya.
Beliau turut menyeru agar platform seperti ini terus dijadikan medium santai untuk para profesional industri berinteraksi di luar kesibukan kerja harian.
Disokong 13 Penaja Utama Industri
Penganjuran kejohanan turut menerima sokongan padu daripada 13 penaja terdiri daripada Phillip Capital, Zaibi Motor, City University Malaysia, Maybank Investment, TA Securities, BIMB Securities, Kenanga Investment, AmanahRaya Trustees, Hong Leong Investment.
Sokongan ini membuktikan komitmen berterusan pelbagai pihak dalam memperkukuh hubungan industri.
Siapa yang berjaya merangkul gelaran juara pada tahun ini?
Kategori Berpasukan – Utama
Juara: CIMB XXX03 — 2020 jatuhan pin
Naib Juara: SME Bank B — 2005 jatuhan pin
Ketiga: CIMB XXX01 — 2004 jatuhan pin
Pertarungan sengit antara tiga pasukan teratas menyaksikan perbezaan mata yang sangat rapat iaitu hanya 16 pin membezakan juara dan tempat ketiga!
Kategori Individu
Lelaki: Anuar Bin Jasmin (RHB Bowlers) — 569 pin
Wanita: Rosnani Binti Daud (Pelaburan MARA Berhad) — 600 pin
Rosnani muncul sebagai peserta wanita dengan skor tertinggi keseluruhan, sekaligus menjadi antara pemain paling menyerlah pada hari kejohanan.
Kategori Media: TV3 Dominasi, NST dan MG Juga Tunjuk Taring
Persaingan kategori media tahun ini memang tidak kurang hebatnya. Enam pasukan dari organisasi media arus perdana turun menunjukkan skill masing-masing.
Masuk TV Bowlers berjaya muncul sebagai juara
Masuk TV Bowlers selaku wakil daripada TV3 dan Media Prima berjaya muncul juara bagi kategori selepas mengumpul 1713 mata.
Juara – Wakil TV3 dan Media Prima (1,713 mata):

- Muhammad Hasif Bin AlHanafiah
- Mohammad Hafizul Akhmal Azeman
- Hazwan Alias
- Intan Ezreena Amir Hamzah
Naib Johan – Wakil New Straits Times, NST Sharper Bowl (1,615 mata):

- Pizan Mustafa
- Najmuddin Najib
- Jamilul Anbia
- Julie Mohamad
Tempat Ketiga – Wakil Malaysia Gazette, Golek Squad (1,320 mata):

- Mohd Khuzairi Bin Ismail
- Jamieshah Bin Jamil
- Nur Amanina Binti Abd Rahman
- Al-Mustariah Binti Marhaban
Pasukan lain seperti Rev Team (REV Media), Utusan Malaysia dan Flash Squad turut memberikan saingan yang sengit sehingga ke akhir permainan.
Acara Santai, Ukhwah Bertambah
Secara keseluruhan, Kejohanan Bowling Inter-Unit Amanah ke-23 bukan sahaja mengangkat semangat kesukanan, tetapi menjadi ruang untuk pemain industri berkumpul, mengeratkan hubungan dan membina jaringan yang lebih bermakna.
Untuk maklumat lanjut tentang program dan inisiatif lain Pelaburan MARA, layari laman rasmi mereka dengan klik di sini dan ikuti media sosial Pelaburan MARA.