Kelab yang beraksi dalam saingan Liga Vietnam menunjukkan minat untuk mendapatkan khidmat ketua pasukan Kuala Lumpur City iaitu Paulo Josue.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan The Star iaitu T.Avineshwaran dimana salah satu kelab yang berminat ialah Haiphong FC.

Baca Juga:

Paulo Josue Beri Bayangan Bakal Tinggalkan KL City

Sebelum aksi terakhir Liga Super menentang Kelantan Darul Naim, Paulo Josue memberi bayangan mengenai masa depannya bersama kelab ibu kota itu.

Paulo Josue
Paulo Josue

Menerusi laman media sosial Instagram Story miliknya, Josue memuat naik aksi menentang KDN adalah perlawanan terakhirnya bersama KL City.

Musim 2024/2025 merupakan musim cemerlang pemain kelahiran Brazil itu dimana beliau menjaringkan 17 gol dalam saingan Liga Super.

Catatan ini membolehkan beliau menduduki carta penjaring terbanyak liga di tangga kedua di belakang penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Bergson yang menjaringkan 32 gol.

Paulo Josué
Sumber Gambar: Kuala Lumpur City

Selain Josue, seorang lagi pemain KL City iaitu Giancarlo Gallifuoco turut menarik beberapa kelab dalam dan luar negara bagi saingan musim hadapan.

Gallifuoco sedang dipantau oleh beberapa kelab, walaupun beliau mahu kekal bersama skuad The City Boys.

Kelab dari Liga Super India selain kelab seperti JDT dan Persib dan beberapa kelab K-League 2 dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain itu.