Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, Azman Ismail menyatakan, Kelantan bakal mewujudkan dua stesen minyak tanpa subsidi tidak lama lagi, lapor Harian Metro.

Selepas ini semua kenderaan asing tidak boleh mengisi minyak di stesen lain kecuali stesen minyak tanpa subsidi di daerah Rantau Panjang dan Jeli. Sekaligus dapat mengelakkan ketirisan petrol ke negara jiran.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Kita sedang tunggu keputusan pihak Kementerian Kewangan untuk kelulusan.

“Stesen minyak tanpa subsidi ini sudah dibuat di Padang Besar, Perlis,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan kedai minyak wangi, Raja Perfume cawangan ke empat di Jelawat.

Difahamkan stesen minyak di Jeli sudah beroperasi namun belum ditukar kepada bukan subsidi.

Keputusan untuk membuka stesen minyak tanpa subsidi bagi mengatasi masalah penyelewengan bahan bakar itu di kawasan sempadan dan menempatkan kenderaan asing mengisi minyak di stesen terpilih.

Sumber