Kelantan dilaporkan bercadang memberi lesen kepada pelancong luar Kelantan untuk aktiviti mendulang di negeri tersebut.
Memetik Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Kamaruddin Md Noor, berkata tujuannya adalah untuk menarik kedatangan pelancong, serta memberi pengalaman berbeza kepada orang luar Kelantan.
Baca Juga:
- Rakyat Kelantan Boleh Mendulang Emas Di Tanah Kerajaan Negeri Tapi Kena Ikut Syarat Ini

- Dapat Tempahan Dari Amerika Syarikat, Dua Pemuda Kelantan Ini Cipta Bahan Api Kapal Terbang Daripada Sisa Minyak Masak

- ‘Lambai Tangan, Guna Lorong VIP’ – Polis Kelantan Bongkar Taktik Lama Orang Malaysia Masuk Thailand Tanpa Dokumen

“Saya percaya aktiviti mendulang bakal memberi pengalaman menarik kepada pelancong yang datang ke Kelantan dan mungkin situasi itu tidak dapat di negeri lain.
“Cadangan ini bukannya mahu menutup peluang penduduk Kelantan atau penduduk setempat untuk aktiviti berkenaan, sebaliknya ia hanya tujuan pelancongan dan untuk memberi pengalaman kepada pelancong.
“Jangan fikir mereka mahu mendulang untuk mendapatkan sejumlah emas, sebaliknya mereka (pelancong) hanya sekadar mahu mencuba dan merasai bagaimana kaedah mendulang secara tradisional, andai kata mereka mendapat emas itu adalah rezeki terpijak buat pelancong,” katanya kepada Berita Harian.
Menurut beliau lagi, cadangan kebenaran itu hanya untuk aktiviti mendulang secara tradisional sahaja. Tidak membabitkan penggunaan jentera.
Pada masa sama lesen berkenaan mungkin tidak diberikan dalam jumlah yang banyak. Ia hanya diberikan dalam jumlah tertentu sahaja.
“Ini antara cadangan yang saya kemukakan untuk aktiviti mendulang bagi aspek pelancongan, namun ia masih dalam peringkat perbincangan dan belum diputuskan,” katanya.