Kerajaan negeri Kelantan dilaporkan bercadang untuk membina terowong pada benteng Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok, di sini antara jalan untuk menyelesaikan masalah banjir termenung.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud berkata perkara berkenaan akan diutarakan kepada kerajaan pusat, petik Buletin TV3.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Tambahnya terdapat banyak rungutan daripada mangsa banjir di kawasan terbabit mendakwa banjir termenung yang merosakkan kediaman berpunca daripada air yang tidak dapat mengalir kerana halangan pembinaan projek berkenaan.

“Banjir termenung sebenarnya berpunca dari (pembinaan) benteng jadi kita kena bincang dengan (kerajaan) pusat macam mana untuk tidak membiarkan air terperangkap lama.

“Mungkin (bahagian) teknikal kena tengok lah, kita pun faham benteng ini belum siap sepenuhnya tapi setiap tahun penduduk kampung terbabit berdepan situasi sama.

“Untuk cadangan buat terowong pula, kalau itu adalah penyelesaian, kita minta buatlah. Kita bukan nak lari dari banjir kerana tahu ia sentiasa berlaku tapi sekarang ini sangat luar biasa,” katanya.

Difahamkan selain mencadangkan pembinaan terowong, penduduk juga meminta ditambah pintu air. Ini kerana yang sedia ada masih tidak dapat menampung aliran beberapa sungai, termasuk empangan Bukit Kwong serta sungai dari Tanah Merah.

Setakat pukul 4 petang tadi, seramai 25,938 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) disebabkan banjir di empat negeri terutama Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.

Sumber