Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Kelantan, Haslinda Hassan berkata menyatakan negeri tersebut dijangka mempunyai ramai warga emas dalam masa kurang 10 tahun.

Menurut beliau, pada tahun lalu sebanyak 11.1 peratus daripada penduduk Kelantan berumur 60 tahun ke atas, dan angka itu dijangka mencecah 15 peratus menjelang tahun 2032, petik The Star.

Baca Juga:

“Perkara ini bukan sekadar angka; ia membawa implikasi besar terhadap ekonomi, tenaga kerja, perancangan sosial dan sistem penjagaan kesihatan, dengan jumlah tenaga buruh muda yang semakin berkurangan serta keperluan penjagaan warga emas yang semakin meningkat.

Kelantan Dijangka Jadi Negeri Ramai Warga Emas Dalam Tempoh Kurang 10 Tahun

“Lebih membimbangkan, ramai dalam kalangan warga emas masih hidup dalam kemiskinan, khususnya mereka yang tinggal bersendirian di kawasan luar bandar tanpa sokongan rapat daripada ahli keluarga,” katanya ketika membacakan ucapan Ketua Pengarah LPPKN sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia peringkat Kelantan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK), di sini hari ini.

Haslinda berkata, berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) 2024, Kelantan dianggarkan mempunyai penduduk seramai 1.9 juta dan kini sedang melalui fasa transisi demografi yang memberi implikasi besar terhadap masa depan negeri itu.

Kadar kelahiran anak di Kelantan menurun

Salah satu penunjuk utama perubahan ini, katanya, ialah Kadar Kesuburan Keseluruhan (Total Fertility Rate, TFR) negeri tersebut yang menurun daripada 3.6 anak pada tahun 2014 kepada 2.7 anak pada tahun 2023.

“Walaupun angka ini masih berada di atas paras penggantian penduduk iaitu 2.1 anak, trend tersebut jelas menunjukkan bahawa Kelantan sedang menuju ke arah populasi menua.

“Antara faktor yang menyumbang kepada penurunan ini termasuk kecenderungan untuk berkahwin lewat, peningkatan kos sara hidup, perubahan gaya hidup, serta kecenderungan memilih keluarga yang lebih kecil,” katanya.

Jumlah pasangan berkahwin di Kelantan menurun
Kelantan
Sumber Gambar: Education Malaysia Global Service

Jumlah perkahwinan di Kelantan juga menurun daripada 22,347 pada tahun 2021 kepada 16,925 pada tahun 2023, manakala purata umur perkahwinan pertama meningkat daripada 28.2 tahun pada 2016 kepada 29.9 tahun pada 2023 bagi lelaki, dan daripada 28.2 tahun kepada 30.6 tahun bagi wanita.

“LPPKN mendapati faktor kewangan, kekurangan pasangan yang sesuai, dan keutamaan terhadap pembangunan kerjaya merupakan antara sebab utama perkahwinan ditangguhkan. Apabila umur perkahwinan semakin meningkat, tempoh reproduktif akan menjadi lebih singkat, sekali gus memberi kesan langsung terhadap kadar kelahiran pada masa hadapan.

“Oleh itu, input penting ini perlu diambil kira dalam merangka dasar, intervensi, dan pelan tindakan negeri yang inklusif serta memenuhi keperluan penduduk,” tambahnya.

Sumber