Undian bagi Pusingan Keempat Kelayakan Piala Dunia 2026 yang dijalankan sebentar tadi menyaksikan Indonesia sekali lagi akan berhadapan dengan Arab Saudi dan Iraq.

Indonesia sebelum ini berada satu kumpulan dengan Iraq pada pusingan kedua manakala perlu menghadapi Arab Saudi ketika pusingan ketiga.

Berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini, Indonesia tewas 1-3 kepada Iraq pada aksi kumpulan C Piala Asia 2023 manakala tumbang 1-5 dan 0-2 ketika Kelayakan Piala Dunia.

Piala Dunia 2026
Kredit Foto: Timnas Indonesia

Sementara itu keputusan lebih baik dicatatkan ketika berdepan Arab Saudi apabila skuad Garuda mengikat lawan 1-1 di gelanggang lawan manakala mencipta kemenangan 2-1 pada pertemuan di Stadium Gelora Bung Karno.

Namun, ia hanyalah rekod pada perlawanan terdahulu, setiap pasukan yang beraksi pastinya mahu memburu dua lagi slot ke Piala Dunia 2026.

Arab Saudi bakal menjadi tuan rumah bagi saingan kumpulan B ini.

Manakala kumpulan A pula bakal menampilkan Qatar, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Oman dimana Qatar bakal menjadi tuan rumah bagi tiga perlawanan tersebut.

Piala Dunia 2026
Kredit Foto: Timnas Indonesia

Pasukan tangga teratas setiap kumpulan akan layak secara automatik ke Piala Dunia manakala pasukan tangga kedua akan mara ke pusingan kelima.

Pada pusingan kelima, dua pasukan tempat kedua itu akan beraksi perlawanan timbal balik dan pemenang pusingan kelima akan menyertai satu pasukan setiap satu daripada CAF, CONMEBOL, dan OFC dan dua daripada CONCACAF dalam play-off antara konfederasi.

Pasukan Yang Sudah Ke Piala Dunia 2026

Selesai selesainya pusingan ketiga, sebanyak enam negara sudah melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 iaitu Jepun, Iran, Uzbekistan, Korea Selatan, Jordan dan Australia.