Malaysia meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas berjaya menewaskan Chinese Taipei 1-0 pada aksi kedua yang berlangsung di Stadium Perbandaran Taipei sebentar tadi.

Masih segar dengan kemenangan dramatik di laman sendiri tempoh hari, Kim Pan-gon membuat empat pertukaran dalam barisan kesebelasan utamanya dengan membawa masuk Junior Eldtstal, Afiq Fazail, Akhyar Rashid dan Paulo Josue.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Beraksi di gelanggang lawan jelas langsung tidak menganggu rentak barisan pemain negara untuk lebih mendominasi aksi.

Keadaan itu menyaksikan Akhyar menjelmakan peluang terbaik pada minit ke-28 tetapi ledakannya dalam kawasan penalti selepas berjaya melepasi kawalan pertahanan tuan rumah sedikit melewati palang gol.

Memasuki minit ke-40 giliran Stuart Wilkin pula hampa selepas percubaan voli menarik dilakukannya di luar kawasan penalti ditepis keluar penjaga gol, Pan Wen-Chieh.

Berselang tiga minit kemudian, percubaan Faisal Halim ketika hanya berhadapan dengan Wen-Chieh pula digagalkan pintu gol.

Kehampaan kem Malaysia itu ditebus Darren Lok pada minit ke-72 apabila beliau menolak masuk bola ketika pertahanan Chinese Taipei gagal mengeluarkan bola daripada kawasan berbahaya berikutan percubaan jarak jauh Endrick dos Santos.

Jaringan itu sudah cukup untuk membantu Malaysia menewaskan pasukan yang berada di ranking ke-152 dunia sekali gus meletakkan skuad negara di tangga teratas dengan enam mata.

Oman yang turut menang pada aksi pertama akan bertemu dengan Republik Krygyz.