Jika anda bertemu dengan penyanyi lagenda ataupun kegemaran anda, pasti anda mahu merakam video nyanyiannya atau bergambar bersama untuk abadikan kenangan, bukan?

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok @warungsiputsedut telah berkongsi sebuah video yang memaparkan penyanyi kumpulan Exists iaitu Mamat.

Baca Juga:

@warungsiputsedut

untuk castamer warung siput sedut jb tampoi

♬ Untukmu Ibu – Alqibni

Menerusi video tersebut, Mamat dilihat diminta untuk menyanyikan sebuah sedikit rangkap lagu Untukmu Ibu dan beliau kelihatan senang melayan permintaan tersebut.

Akan tetapi, keadaan fizikal Mamat menjadi bualan ramai kerana dilihat semakin kurus dan boleh dikatakan ramai orang seakan tidak percaya itulah Mamat Exist yang pernah terkenal satu ketika dahulu.

Menjengah ke ruangan komen, para netizen turut tertanya-tanya mengapa Mamat kelihatan semakin kurus dan bimbang dengan perubahan fizikalnya. Rata-rata netizen mendoakan Mamat berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan segala urusan.