Mamat Exist telah didakwa di mahkamah atas kesalahan memiliki dan menggunakan dadah pada 2019 yang lalu.

Penyanyi itu mengaku tidak bersalah untuk kedua dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim, Fatimah Zahari dan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin.

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Baca Juga:

Pertuduhan pertama, Mamat Exist didakwa telah memberikan dadah secara berulang kepada diri sendiri.

Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didakwa telah memberi dadah jenis methamphetamine secara berulang kepada diri sendiri pada pukul 2 pagi, 9 September 2019 di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Mamat juga didakwa telah melakukan kesalahan yang sama pada 2016 dan 2018.

Dia didakwa mengikut Seksyen (15)(c) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 39C (1)(b) akta yang sama.

Manakala bagi pertuduhan kedua, Mamat Exist dituduh memiliki dadah jenis methamphetamine seberat 0.17 gram ketika diperiksa polis di Jalan Camar 1/3, Taman Perling pada September 2019.

Untuk kesalahan tersebut, dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 12(3) akta yang sama.

Menurut laporan Berita RTM, Mamat Exist mengaku tidak bersalah di atas kesemua pertuduhan ke atasnya.

Sebelum itu, peguam yang mewakili Mamat meminta mahkamah Sesyen, agar anak guamannya dirujuk kepada pakar psikitari Hospital Permai mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Hakim membenarkan permohonan tersebut. Dan menetapkan tarikh 22 Februari depan untuk sebutan semula kes termasuk laporan perubatan.